Masalah Riba Pada Pertukaran Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M)

Adakah pertukaran Baucer Buku RM 100 dianggap riba sekiranya penjual hanya menerima baucar tersebut dengan syarat harga buku tidak melebihi RM85. Dengan kata lain didiskaunkan nilai baucar tersebut?

Jawapan.
Riba al-buyu’ berlaku sekiranya ia melibatkan pertukaran matawang dengan matawang yang sama pada nilai yang berbeza. Contohnya RM85 ditukar dengan RM100. Emas dengan emas yang sama berat tetapi dengan harga yang berbeza. Adapaun matawang RM100 dengan buku (bukan matawang) yang nilai sebenarnya RM85, ia tidak dianggap riba sekiranya harga sudah di ‘mark up’ kan. Maknanya di sana ada harga khas bagi mereka yang menggunakan baucar berbeza dengan penggunaan cash. Terpulanglah kepada pembeli untuk tawar menawar atau mencari peniaga buku yang tidak mark up harga buku kerana menggunakan baucer.

Tetapi, sekiranya baucar yang bernilai RM100 tersebut dicashkan atau ditukar dengan duit cash sebanyak RM 85 (at discount), maka jelas sekali ia adalah riba al-buyu’. Kerana matawang ditukar dengan matawang tetapi pada nilai yang berbeza.

Baucar ini pada asalnya adalah hak, tapi diberikan nilai dalam matawang (RM). Ia juga akan ditukar oleh penjual buku untuk mendapatkan wang pada face value iaitu nilai yang tertera padanya. Dengan itu ia adalah alat tukar ataupun matawang walaupun penggunaanya adalah terhad untuk pembelian buku. Samalah juga dengan cek, dan mana mana nilai hutang dalam RM, ia adalah hak. Tetapi perturkaran dengan duit RM cash mestilah at par. Masalah yang sama dalam perbankan, untuk jual LC, Sukuk, Bond, receivable dengan harga diskaun, akan menimbulkan masalah riba.

Pemberian kupon oleh kerajaan untuk membeli buku boleh disamakan dengan pemberian kupon untuk ditukar dengan makanan yang dipanggil sikak oleh gabenor Madinah bernama Marwan pada zaman Sahabah dahulu. Lalu berlakulah jual beli kupon yang dinamakan “sikak”. Abu Hurairah RA melarang perbuatan tersebut dan mengannggapnya sebagai riba:

عن أبي أيوب سليمان بن يسار أن أبا هريرة قال لمروان أحللت بيع الربا فقال مروان ما فعلت فقال أبو هريرة أحللت بيع الصكاك وقد نهى رسول الله عن بيع الطعام حتى يستوفى فخطب مروان فنهى عن بيعها
Dari Sulaiman Bin Yasar, dari Abu Hurairah bahawa beliau berkata kepada Khalifah Marwan: “Apakah kamu menghalalkan jual beli riba?” Marwan menjawab, “Saya tidak menghalalkannya”.”Abu Hurairah berkata; “Kamu menghalalkan jual-beli “sikak”. Sesungguhnya Rasulullah (SAW) melarang menjual bahan makanan sehingga ia diserah-milikkan”. Lantas Marwan mengumumkan kepada orang ramai dan melarang jual beli seperti itu.( Al-Naisaburi, Abu al-Husain Muslim bin al-Hajjaj. (2003). Sahih Muslim. Beyrut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
The Book of Sales, Hadith 1528, Volume 10, pg. 146.)

Wallahu a’lam

Comments

comments