Hukum melebihkan agihan korban kepada petugas

Soalan. Sesetengah surau atau masjid menganjurkan program ibadat korban, bolehkah diagihkan daging lebih daripada penerima agihan yang lain.

Jawapan: Sekiranya petugas tidak terima upah lain selain daripada mendapat daging yang lebih, maka ini bercanggah dengan larangan Rasulullah SAW supaya tidak digunakan daging korban sebagai upah kepada penyembelih/tukang daging/ petugas. Ini kerana daging korban adalah bertujuan untuk kebajikan, bukannya untuk membayar upah. Sepatutnya ada peruntukan lain sebagai upah dalam bentuk cash. Dengan itu mereka boleh terima daging korban atas kapasiti penerima seperti penerima yang lain selagi mana ia tidak dinaggap upah. Mereka boleh terima hadiah daging korban daripada penerima korban, kerana hak milik sudah berpindah.

Comments

comments