Hukum Membeli Duit Syiling atau Kertas lama dengan nilai yang lebih mahal

 

Soalan adakah berlaku riba jika dibeli duit lama bukan pada nilai yg sama?

Jawapan

Duit kertas atau syiling logam selain daripada emas dan perak, tidak ada nilai pada zatnya, berbeza dengan emas dan perak. Dengan itu sekiranya matawang lama selain daripada emas dan perak yang sudah tidak digunakan dan tidak sah diperlakukan sebagai matawang boleh dijual bukan sebagai matawang, tetapi sebagai bahan purba atau koleksi kenangan bukan pada nilai yang tertera, walaupun dengan matawang yang sama dengan harga yang lebih mahal. Ia tidak dianggap sebagai riba. Ini kerana ‘illah berlaku riba ialah “al-thamaniyyah” iaitu kerana ia adalah matawang, lebih lebih lagi matawang yang sudah tidak sah diperlakukan dengan nilai, maka, tidak berlaku riba. Adapun matawang lama yang masih sah diperlakukan dengan nilai yang tertera (face value), maka ia akan menimbulkan masalah  berlaku riba iaitu riba bay’ al-sarf (pertukaran matawang, bukan pada kadar/nilai yang sama).

Munkin jalan keluar ialah ketika berlaku jual beli matawang lama yang sudah menjadi koleksi istimewa sedangkan masih sah diperlakukan dengan nilai, dinyatakan dengan jelas oleh pihak kedua dua pihak penjual dan pembeli bahawa ia bukanlah pertukaran duit lama dengan duit baru, tetapi duit lama dibeli di atas dasar barang koleksi istimewa bukannya sebagai matawang semasa. Dengan kata lain, ‘illah sebagai matawang boleh dianggap tiada atau boleh dinafikan. Kalau  tidak dinyatakan demikian, maka shubhah riba masih ada.

Wallauaalam

Comments

comments