Zakat Petronas

petronas_newLogo

Soalan

Ramai yang bertanya adakah Sharikat Petronas wajib membayar zakat?

Jawapan
Dalam bab kewajipan berzakat bagi sharikat yang dimilik oleh kerajaan, Jumhur ulama tak wajibkan zakat, kerana kesemua keuntungan akan di gunakan bagi perbelanjaan umum negara. Hanya pendapat sebahagian kecil ulama sahaja seperti Muhammad bin Hasan al-Shaibani, yang mewajibkan zakat kepada anak syariakt kerajaan yang terlibat dengan perniagaan.

Munkin pendapat ini yang dipilih oleh sesetengah ulama semasa. Cuma perlu diperhalusi sejauh mana konsep shaksiah iktibiariyyah pada hari ini memenuhi konsep “dimiliki” oleh kerajaan, termasuk juga pemegang saham. Jadi, sharikat subsidiari pun, sekiranya dimiliki oleh parent company yang dimiliki oleh kerajaan, munkin akan jatuh pada kategori yang sama, iaitu dimiliki oleh kerajaan.

Adapun anak anak syarikat termasuklah operator stesyen minyak petronas yang melibatkan indvidual sharholders, maka wajib dikenakan zakat perniagaan ke atas pemegang saham. Ini pendapat saya.

Adapun bagi sesetengah ulama semasa yang mewajibkan zakat ke atas syarikat syarikat kerajaan yang menjalankan perniagaan, mereka mengunakan kaedah khultah (harta yang bercampur), zakat diwajibkan ke atas harta “hak mali” dan juga konsep shaksiyyah iktibariyyah.

Wallahu’alam

 

Comments

comments