Kehilangan Penumpang dan krew MH370

ocean-depth-gfx-1-522x293

Para fuqaha telah membincangkan dengan panjang lebar berkenaan dengan hukum mafqud iaitu orang yang hilang. Ia berkait rapat dengan pembahagian harta pusaka dan juga hak perkahwinan. Di dalam ilmu faraid ada satu bahagian khas berkenaan dengan berkenaan dengan orang yang hilang perlu juga diambil kira faktor tempat suasanadan cara hilang.Dalam kontaks sekarang pengeshan mati sangat penting untuk menentukan pembayaran manfaat insuran atau takaful tunutan, pembahgian hatrta pusaka sijil kematian ,pembayaran hutang dan lain lain lagi

Soalan :
Berapa lama perlu ditunggu orang yang hilang (mafkud)?

Jawapan:
Ia bergantung kepada keadaan dan cara hilang sekiranya kebiasaan suasana dan keadaan persekitaran ketika hilang biasanya selamat seperti pergi bercuti di tempat peranginan yang biasanya tidak bermasalah dan selamat dari bencana alam mungkin tempoh menunggu kepastian kematian adalah lebih lama. Adapun sekiranya tempat,masa dan cara hilang biasanya berlaku kemusnahan atau menyebabkan kematian maka ia tidak memerlukan tempoh yang panjang.

Dalam konteks MH370 maklumat terkini sebagaimana disahkan oleh kerajaan Australia dan juga Perdana Menteri Malaysia bahawa ia terhempas di lautan Hindi yang kedalamanya 10 kali KLCC, keadaan laut yang bergelora, 2500km dari daratan paling dekat yaitu Perth dan tempoh 2 minggu berada di tengah tengah lautan tersebut sudah memadai untuk mengandaikan kematian penumpag dan kru kakitangan MAS .Walaupun begitu sekiranaya ada bukti lebih konkrit maka ia lebih membantu pihak berkuasa seperti mahkamah untuk membuat pengesahan kematian.

Semoga Allah permudahkan kerja mencari, memberikan kesabaran kepada ahli keluarga mangsa dan menempatkan mangsa di dalam syurga.

Comments

comments