Membeli rumah dan kereta melalu pembiayaan patuh Shariah tetapi diberikan insuran konvensional

home-improvement-financing-home-remodeling-loans

Soalan: Apa hukum sekiranya saya mendapat pembiayaan daripada sebuah bank Islam untuk membeli rumah dan kereta tetapi diarahkan oleh pihak bank untuk mengambil insuran konvesional?

 

Jawapan

Sebenarnya ia adalah hak pelanggan. Bank atau mana mana pegawai bank tidak boleh memaksa pelanggan untuk mengambil insuran atau takaful secara umumnya. Apatah lagi untuk megambil yang konvensional. Pelaggan sepatutnya bertegas  untuk mengambil takaful dan memastikan ia betul betul takaful. Pelanggan yang tertipu boleh membuat aduan terus ke Bank Negara. Kalau sudah diambil insuran konvensional, setelah disedari, pelanggan tersebut perlulah dengan segera berpindah kepada takaful. Setakat ini, tidak ada denda yang dikenakan untuk berbuat demikian. Perlu ingat, berapa lama kita sanggup berada dalam dosa dan maksiat kerana tempoh insuran biasanya untuk setahun.

Comments

comments