Bolehkan mengambil upah bagi menukar baucer buku dengan wang tunai secara diskaun

Baucer-1-Malaysia-RM250

Soalan : Apa hukum sekiranya saya menukarkan baucer buku yang bernilai RM250 dengan wang tunai sebanyak RM 200, RM 50 dianggap upah kepada pembeli baucer tersebut untuk melunaskannya?

Jawapan

Kita perlu bezakan di antara Acceptance Bill, Letter of Credit dll yang merupakan bentuk bayaran bagi jualan kita, atau dengan kata lain, ia adalah hak bayaran yang akan diterima sebagai balasan kepada pertukaran barangan atau khidmat. Baucer buku adalah pemberian kerajaan (bukannya bayaran/pampasan kepada sesuatu) bertujuan menggalakkan budaya ilmu. Walaupun begitu, memang tidak dapat dinafikan pada baucer tersebut masih ada unsur hak yang diberikan, dan nilai yang diiktiraf. Penjual buku akan mendapatkan jumlah tunai yang sama seperti yang tertera (face value) di atas baucer apabila membuat tuntutan bayaran daripada pihak berkuasa

Untuk menjawap persoalan samada boleh kah dianggap RM 50 itu sebagai upah, maka perlu dilihat hubungan kontrak antara A penerima baucer yang menjual baucernya dengan B pembeli baucer pada harga diskaun. (Katakanlah, diketepikan tujuan sebenar baucer ini, sepertui mendapat kebenaran daripada pihak kerajaan-munkin tidak akan berlaku- maka hukumnya sama surat surat hutang yang lain).  Sekiranya   A mewakilkan B untuk mendapatkan wang tunai sebanyak RM250 daripada pihak ke tiga, dan setelah mendapatkan tunai tersebut, A memberikan RM50 kepada B, walaupun disyaratkan lebih awal, ini tidak dianggap riba. Tetapi yang berlaku, A nak duit cepat, B seolah olah memberi hutang kepada A sebanyak RM200, cagarannya ialah baucer bernilai RM250, RM 50 adalah upah untuk mendapatkan tunai. Maka ia akan melibatkan isu riba iaitu mengambil manfaat ke atas hutang. B sepatutnya hanya boleh mengambil kos sebenar, bukannya mengambil upah atau untung. Ada sesetengah bank Islam mengunakan struktur sebegini bagi debt factoring/jual beli debt receivables. Manakala penasihat penasihat Shariah kebanyakan bank bank Islam lain tidak membenarkannya kerana ada shubhah riba.

Sekiranya ia dianggap sebagai jual beli (pertukaran) baucer RM250 dengan RM200, maka ia sudah berlaku riba, walaupun cuba dikhayalkan sebagai upah.

Secara umum saya berpandangan ia tidak dibenarkan kerana bercanggah dengan tujuan asal pemberian baucer tersebut. Dari segi hukum fiqh, penerima baucer setelah membeli buku dan mengambil manfaat darinya, boleh menjual buku tersebut kepada pihak lain. Ini kerana pemilikannya adalah sempurna. Sama sperti penerima hadiah yang menjual hadiah yang diterima.

Comments

comments