Hukum membeli emas secara hutang dan adakah emas masih dianggap sebagai matawang?

gold bar

Soalan: Apa hukum membeli emas secara hutang atau bayaran ansuran? Adakah emas masih dianggap matawang?

Jawapan

Emas khasnya emas jongkong tidak boleh dibeli secara hutang atau bayaran ansuran. Ini kerana ia adalah ribawi item iaitu matawang. Emas dan perak adalah matawang asal di seluruh dunia sebelum matawang kertas digunakan. Walaupun sudah ada matawang alternatif, kebanyakan negara negara besar masih membeli dan menyimpan emas rizab simpanan negara. Kebanyakan ulama semasa masih meganggap emas sebagai matawang dan sebarang transaksi pembelian atau penjualannya dipanggil “bay’ al-sarf”.  Bay’ al-sarf perlu mematuhi syarat sayaratnya iaitu sekirannya pada jenis yang sama seperti emas dengan emas, perak dengan perak, Ringgit dengan Ringgit, Dollar dengan Dollar, maka ia mestilah dilakukan pada nilai yang sama, dan secara tunai (taqabud). Sekiranya pertukaran melibatkan matawang yang berlainan jenis, seperti emas dengan perak (pada zaman Rasulullah nilai 1 dinar bersamaan dengan 10 dirham taua 12 dirham atau 8 dirham), Ringgit dengan Dollar, Ringgit dengan emas, maka ia mestiah dilakukan secara tunai dan tidak dibenarkan sebarang penangguhan kerana ia akan menjadi riba.

Berkenaan dengan perosalan samada emas masih dianggap maatwang, dari dahulu lagi orang ramai  menganggap emas sebagai bahan galian yang ada nilai pada dirinya sendiri (intrinsic value). Ini ditambah pula dengan hadith hadith yang jelas menyebut emas tidak boleh ditukar dengan emas (dinar-pada nilai yang sama) atau perak (dirham) kecuali secara tunai (taqabud).  Maka hukum tersebut akan kekal sampai bila bila walaupun di sesetengah tempat, emas sudah dianggap sebagai komoditi biasa.

Wallauaalam

Comments

comments