Hukum menjual emas dengan syarat membeli balik dengan harga yang sama

index

Soalan: Apa hukum ada sebuah syarikat menjual emas dengan syarat pembeli mesti menjual balik emas tersebut kepada penjual selepas tempoh tertentu?

Jawapan. Hukum asalnya boleh pembeli menjual kepada sesiapa yang dia suka termasuk penjual asal sekiranya tidak disyaratkan atau bukan ada perancangan awal untuk berbuat demikian. Sekiranya dijanjikan untuk membeli balik dengan harga yang sama, maka ia dianggap  sebagai bay’ al-wafa yang dilarang oleh Jumhur ulama. Alasan kepada larangan, ialah kerana jual beli tersebut hanyalah hilah kepada pinjaman, pemilikan tidak bebas bagi pembeli seolah olah dipinjamkan sahaja, dan juga bagi sesetengah ulama Maliki ia dianggap sebagai megambil manfaat daripada hutang. Iaitu pembeli seolah olah hanya memberi hutang kepada penjual dan boleh menggunakan hartanya beberapa ketika sehinggalah dijual balik pada harga yang sama.

 

 

Comments

comments