Jual Barang yang tiada dalam stok/belum dimiliki (bay’ al-ma’dum)

stock-photo--d-stamp-out-of-stock-54741619

soalan:   A jual barang kat B dengan harga RM15. Tapi barang tu takde lagi. Ada kat China, kena gi ambil kat sana.

Jadi A suruh B bayar deposit dulu RM10. Sbb harga asal barang tu kat China di jual dengan harga RM10 (klu convert dgn nilai RM).

So, A gi ambil. Bila dah dapat barang, B akan bayar lagi RM5 tu.

APA HUKUM TRANSAKSI NI??

Jawapan: Ini hukum bay ma’dum. Jual beli barang yg tiada. Jumhur ulama tak benarkan jual beli benda yang tidak ada. Tetapi pendapat mazhab Maliki, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim berpendapat harus dgn sharat boleh diserahkan/delivarable, (qudrah ala taslim). Pendapat ini telah dipilih oleh kebanyakan ulama semasa dan ia lebih praktikal dalam kontek semasa. Namun kena ingat ini bukan pertukaran wang dgn wang. tapi wang dgn barang.

Comments

comments