Menebus unit saham pada nilai asal (face value)

investing_fotolia2

Soalan: Saya melabur dengan sebuah Sharikat pelabura unit trust. Sharikat tersebut berjanji akan membeli balik pada bila bila masa pelabur ingin menebus unit sahamnya (mengeluarkan duit dari pelaburan) pada harga asal contohnya RM1 bagi satu unit?

Jawapan

Struktur pelaburan unit saham sedemikian adalah berbentuk jaminan kepada pelaburan pokok (prinsipal). Sebarang pelaburan yang berbentuk jaminan maka ia akan mengambil hukum qard iaitu hutang. Dalam kes hutang, di mana pelaburan pokok dijamin, sebarang tambahana atau dividend ke atasnya boleh dianggap sebagai riba.

Ada juga yang menganggap struktur sebegini tidak mengapa kerana ia adalah berlandaskan konsep bay al-wafa yang dibenarkan oleh sebahgian mutakkir ulama Hanafi. Ini jelas disebut di dalam Majallah Ahkam al-adliyyah. Tetapi, jumhur ulama tidak membenarkan bay’ al-wafa kerana ia bukan jual beli yang sebenar, kerana pembeli tidak memiliki  barang yang dibeli selama lamanya, bahkan pemilikiannya adalah terhad, tidak ada kebebasan dalam bertasarruf seperti tidak boleh dihadiahkan kepada orang lain, kerana ia mesti djual belik kepada penjual yang sama dengan harga yang sama. Ulama Maliki pula tidak membenarkannya kerana ada unsur mengambil manfaat ke atas barang gadaian daripada pijaman yang membawa kepada riba. Ini kerana jual beli sedemikian adalah umpama pinjaman wang, dan barang yang dibeli hanyalah umpama gadaian, kerana ia akan diserahkan balik kepada penjual, manakala penjual akan membayar balik harga belian yang sama.

 

Comments

comments