Soalan: Bolehkah saya membeli emas dengan cara Lock In harga, duit diserahkan dahulu sebagai wadiah kepada sharikat penjual emas, emas diserahkan kemudian ketika akad dilaksanakan pada hari penyerahan?

Soalan: Bolehkah saya membeli emas dengan cara Lock In harga, duit diserahkan dahulu sebagai wadiah  kepada sharikat penjual emas, emas diserahkan kemudian ketika akad dilaksanakan pada hari penyerahan?

Imam al-Shafie telah membincangkan masalah ini dan ia adalah di antara cara yang dibenarkan oleh Imam al-Shafie sebagaiamana yang disebut  oleh beliau di dalam kitab al-Umm, bab al-sarf dengan syarat ia adalah wadiah yang sebenar dan perjanjian untuk jual beli yang  tidak mengikat).

 وإذا تواعد الرجلان الصرف فلا بأس أن يشتري الرجلان الفضة ثم يقرانها عند أحدهما حتى يتبايعاها ويصنعا بها ما شاءا  

Tetapi, kena beza, wadiah yang disebut oleh imam Shafie ialah wadiah sebenar, bukannya wadiah yad al-daman. Wadiah yad al-daman mengambil hukum al-qard. Dengan bahasa mudah, duit wadiah, apabila digunakan dahulu oleh penjual (sebagai pemegang amanah) maka ia bertukar menjadi hutang. Kita berdepan dengan masalah besar iaitu larangan Rasulullah SAW daripada mensyaratkan jual beli dengan pemberian pinjaman (bay’ wa salaf). Inilah yang dikehendaki oleh kebanyakan peniaga sebab dapat ambil manfaat daripada hutang yang didahulukan.

Kedua, kena pastikan lock in harga tidak bererti sudah berlaku jual beli. Dengan itu, akad sebenar , ijab dan qabul mestilah diadakan pada hari penyerahan. Tempahan tidak boleh dalam bentuk mengikat. Dengan kata lain, pelanggan boleh membatalakan jual beli tanpa dikenakan denda.

Ini adalah salah satu cara jualan emas yang dilakukan oleh sesetengah bank2 Islam. Sekiranya bank menjual emas, duit yang diambil tidak boleh dimasukkan ke dalam akaun wadiah atau qard kerana akan berlaku masalah bay’ wa salaf. Bank boleh meletakkan duit tersebut di dalam akaun mudharabah atau wakalah. Kalau kat bank, boleh dipantau oleh Penasihat Shariah dan bahagian pematuha Shariah.  Tetapi, bagi sharikat penjual emas biasa, siapa yang akan pantau?

Lebih teruk lagi, duit yang diambil daripada pembeli digunakan untuk membli emas yang belum dimiliki yang akan dijual kepada pembeli. Penggunaan duit itu bagi apa apa tujuan, akan merosakkan aqad wadiah dan menjadikannya wadiah yad al-daman yang sama hukumnya dengan qard/salaf/pinjaman. Pinjaman yang diikat dengan jual beli adalah riba, kerana riba adalah manfaat daripada pinjaman.

Adapun jual beli emas sacara ETA (estimated time of arrival), sekiranya ia sudah dianggap sebagai jual beli yang sah, maka ia adalah jual beli yang melibatkan penangguhan emas, dengan itu ia adalah transaksi riba. Lebih lebih lagi sekiranya ia tidak melibatkan pengilangan, bahkan ready stock.

Alternatif lain ialah, pembeli boleh membuat tempahan dengan syarat ia tidak mengikat (binding) seoalah olah sudah termeterai aqad jual beli, walaupun dengan membayar booking fee (dengan syarat dipulakan balik kalau tak jadi beli).  Booking fee mestilah masuk akal, jumlah yang sangat kecil, contohnya RM100. Ia tidak boleh dikira down payment atau deposit,kerana biasanya pengambilan deposit dikira sudah berlaku jual beli, di mana ia tidak lagi dibayar balik sekiranya tidak diteruskan jual beli. Ia bukan lagi tempahan/booking fee. Bagi tempahan biasa yang tidak mengikat ini, pada hari serahan, dilakukan aqad pertukaran bayaran dan serahan emas secara tangan ke  tangan (taqabud) on the spot. Ia juga boleh dilakukan oleh wakil pembeli asalkan dilakukan secara (taqabud) tangan ke tangan, tanpa penangguhan bayaran atau serahan emas.

Wallahua’lam

Comments

comments