Sewa Kereta BMW Dengan Emas, Emas Dipulangkan Semula Selepas Setahun

Soalan

Ada satu soalan berkenaan pelaburan emas: Saya menyewa kereta BMW selama setahun, bayaran sewa adalah 500 gram emas. Tuan kereta berjanji akan memulangkan balik emas 500 gram tadi selepas setahun

 

Jawapan

Hukum sewa kereta adalah harus apabila ia memenuhi sharat dan rukun rukun sewa. Emas juga boleh dijadikan bayaran sewa. Pakej yang amat menarik. Persoalannya ialah apabila disyaratkan atau dijanjikan diserahkan balik emas tersebut, ia bertukar menjadi pinjaman emas. Sama seperti pinjaman matawang. Ini kerana penyewa akan dapat balik emasnya. Maka ia bukan lagi aqad sewa/ijarah. Ia sudah bertukar menjadi aqad pinjaman. Masalahnya ialah, bagaimana pula dengan penggunaan kereta BMW selama setahun. Ia adalah manfaat daripada pinjaman emas, maka ia adalah RIBA. Ini adalah berdasarkan kaedah Feqah “kullu qardin jarra naf’an fahua riba”.

كل قرض جر نفعا فهو ربا

Bermaksud “Setiap hutang yang mendatangkan manfaat (kepada pemberi hutang) adalah riba.

Wallahu a’lam

Comments

comments