Bagaimana nak bertaubat dari skim cepat kaya?

Soalan: Bagaimana saya mahu bertaubat dari skim skim pelaburan emas yang bermasalah riba dan tidak patuh Shariah?

Jawapan
Allah SWT memerintahkan supaya meninggalkan riba. Mereka yg melakukan riba dan meneruskannya adalah mengsistiharkan perang terhadap Allah dan Rasulnya. Kita sentiasa disuruh bertaubat kepada Allah dengan menyesali dosa yang dilakukan, memohon ampun daripada Allah ke atas keterlanjuran melakukan apa apa sahaja kesalahan dan dosa. Dosa dan kesalahan pula terbahagi kepada dua, kepada Allah seperti meninggalkan solat. Ia perlu kepada taubat dan memohon keampunan kepada Allah. Adapun bagi kesalahan yang melibatkan hak sesama manusia seperti penipuan, mengambil harta seseorang dengan kebatilan, cara yang tidak dibenarkan oleh Sharak, maka perlu dikembalikan kepada tuan asalnya. Berkenaan dengan taubat dari riba,  ialah dengan membatalkan kontrak pinjaman riba atau mana mana skim pelaburan yang melibatkan riba, dan dapatkan semula modal anda. Allah berfirman di dalam al-Quran,
(فلكم رؤوس أموالكم لا تظلمون ولا تظلمون)
“Bagi kamu modal kamu, (dengan menghentikan riba) kamu tidak menzalimi dan dizalimi.”

Kalau sudah ada terima sebahagian bayaran, penyelesainnya ialah meminta balik modal berbaki, tanpa mengambil riba/profit keuntungan.

Kalau sudah diambil keuntungan/riba, sekiranya ia adalah bayaran interest yang merupakan lebihan kepada jumlah pinjaman yg kita berikan kpd individu, perlu pulangkan balik lebihan atau riba tersebut. Tetapi, berkenaan “keuntungan” daripada pelaburan emas yang melibatkan riba atau mana mana palaburan yang berkaitan dengan riba,  tidak perlu dipulangkan kpd penganjur tadi, ia boleh dijadikan charity, didermakan kepada fakir miskin, kerja kerja kebajikan yg tidak memberikan manfaat kepada tuannya. Ia juga boleh diberikan kepada mangsa2 pelaburan yg hilang duit modal (bukannya interest pinjaman dari bank untuk menyertai pelaburan tersebut).

Bagi skim pelaburan melibatkan jual beli emas secara tangguh, sekiranya emas belum diterima. jual beli tersebut boleh dibatalkan dan meminta kembali duit bayaran harga emas. Sekiranya emas sudah diterima, maka perlu bertaubat kepada Allah, kerana melakukan dosa riba jual beli emas (selain dari barang kemas emas) secara tangguh, tanpa perlu membuat permbersihan pendapatan sseperti di atas.

Wallahua’lam

Comments

comments