Beli Emas Pamp Suisse 100g dengan harga mahal, Dapat Saguhati Bulanan

Soalan

Saya ada satu persoalan. Ada pakej jualan emas dengan harga yang tinggi, tapi akan diberi saguhati bulanan. Contohnya, beli pamp rm18k dan dpt pamp 100g on the spot. Kemudian penjual memberi saguhati RM 1200 setiap bulan selama 6 bln. Cumanya harga jual lebih mahal dari harga semasa emas.

Jawapan

Ini di antara soalan yang berulang. Pada asalnya adalah harus memberi hadiah/hibah/saguhati kepada pembeli. Tetapi dalam kes ini, sekiranya hibah yang diberikan kepada pembeli, diambil daripada harga yang di mark up/dinaikkan dengan harga luar biasa, maka ia ada unsur taghrir iaitu penipuan. Penipuan adalah haram, lebih lebih lagi apabila ada kaitan dengan skim cepat kaya yang memang bertujuan menipu dan mengambil harta orang ramai dengan batil (akl amwal al-nas bi al batil).

Agak pelik kenapa ada juga pelanggan/pelabur tidak mahu berfikir, menggunakan otak anugerah Allah, katakan harga emas 1kg ialah RM130k, penanjur skim cepat kaya berteraskan emas, memanipulasi harga, dengan menjualnya pada harga yang jauh lebih mahal daripada harga pasaran contohnya  RM200k. Kemudian, penjual/penaja skim memberikan saguhati tetap RM2k sebulan. Kenapa ada yang sanggup beli emas tersebut dengan harga yang jauh lebih mahal. Katakan, penjual tidak mebayar saguhati, kalau nak jual balik di pasaran pun dia akan berdepan dengan kehilangan yang besar, kerana pembeli emas atau mana mana kedai emas atau al-rahnu hanya membeli  dengan harga diskaun, yang jauh lebih rendah dari harga pasaran.

Wallahua’lam

Comments

comments