Bukti benda lain selain dari emas dan perak digunakan sebagai matawang/perantara pertukaran (medium of exchange)

Ya, harus penggunaan matawang lain selain dari emas, kes perigi Ruumah di Madinah. Pemiliknya seorang yahudi, ummat Islam di kawasan tersebut sangat memerlukan bekalan air. Mereka telah membayar air dgn kurma. Mereka mengadu kpd Rasulullah. Lalu Rasulullah menawarkan kepada para sahaba, siapa yang boleh menyelesaikan masalah tersebut. Lalu sayyidina Uthman RA bertindak membeli perigi tersebut dan mewakafkan kepada orang ramai. Maknanya kurma, selain daripada emas dan perak pernah digunakan dan boleh digunakan sebagai matawang.

Jumhur ulama berpendapat, matawang bukan terhad kpd emas dan perak. Itulah di antara sebab mereka berijtihad menentukan illah kenapa berlaku riba pada pertukaran emas dan perak, supaya dapat diqiyaskan dgn benda lain. Kalau tak boleh qiyas, tak perlu cari ‘illah, seperti di dalam perkara ibadat, contohnya kenapa solat subuh 2 rakaat?

Wallahua’lam

Comments

comments