Hukum pelaburan yang menjanjikan untung tetap berubah rubah

Soalan

Kawan saya mengendalikan skim perniagaan emas. Oleh kerana menjanjikan pulangan tetap di dalam pelaburan dianggap riba, bolehkah kita letak anggaran, untung tetap ada tetapi berubah rubah, contohya keuntungan adalah “di antara” 4% ke 10% sebulan?

Di dalam aqad jual beli,secara umumnya memang perlu ditentutkan, diketahui dan dipersetujui harga barang dan barang yang dibeli. Kejahilan tentang barang yang dibeli ataupun harga menyebabkan jual beli tidak sah. Meletakkan harga barang yang berubah rubah di antra profit margin 4% ke 10%, atau sekiranya diletakkan harga di antara RM 2k ke RM3k, menjadikan jual beli tidak sah. Keuntungan daripada jual beli sebegini tidak boleh dianggap sebagai pendapatan yang halal kerana aqad jual belinya tidak sah.

Adapun pelaburan samada mudharabah atau wakalah, tak kira dalam bisnes emas ataupun apa apa perniagaan, menetapkan pulangang dan menjaminkan modal mengubah aqad tersebut menjadikannya aqad pinjaman berfaedah dan riba. Sekiranya dijanjikam keuntungan di antara 4% ke 10%, iaitu kadar keuntungan yang berubah rubah, ia masih bermasalah dan bukan penyelesaian. Ini kerana paling kurang 4% keuntungan sebulan adalah dijamin.   Ia adalah RIBA.

Alternatifnya perlu kepada aqad mudharabah atau wakalah yang betul betul menepati Shariah

Comments

comments