Jual beli emas secara ETA, Bayar Dulu 98%, Masa Terima Emas, Bayar Lagi 2%

Soalan: Minta pandangan ustaz pada iklan ini:

“Cara jual beli emas secara ETA yang patuh Shariah. Bayar dulu 98%, masa terima emas, bayar lagi 2%.”

Jawapan.

Ia adalah jual beli emas bertangguh. Ini adalah hampir sama dengan bay’ al-salam. (membayar semua harga tempahan terlebih dahulu, menerima barang tempahan kemudia). Emas tidak boleh dijual beli dengan bay’ al-salam secara ijma ulama. Perak dan duit juga mengambil hukum yang sama. Ia masih tidak patuh Shariah walaupun dibuat 2 kali bayaran, sebab aqad jual beli sudah bermula dari awal, emas ditangguhkan serahannya.

Sekiranya 98% dianggap booking fee, ia terlalu bayak, tidak masuk akal. Kenapa tidak boleh? Ini kerana, bayaran awal 98%, boleh digunakan dahulu oleh penjual. Bukannya pembeli tidak ada duit. Ia akan jadi hukum pinajaman yang dimanfaatkan oleh penjual. Rasulullah melarang pensyaratan  pinjaman  ke atas jual beli (bay’ wa salaf).  Dengan it ia adalah jual beli emas yang tidak patuh Shariah.

Kalau 2% booking fee, tidak dianggap sebagai bayaran atau deposit, boleh diserahkan balik kalau tak jadi teruskan jual beli, munkin boleh dipertimbangkan.

Wallahua’lam

Comments

comments