Jual murah emas, dapat saguhati tinggi?

 Soalan jualan emas dgn harga diskaun luar biasa, dan dapat saguhati setiap bulan:

Tuan, saya nak tanya tentang hukum kalau kite beli emas cth 100g dgn rm4500.. kmudian stiap bln kita bagi saguhati rm1250 selama 11 bln kerana penjual sanggup jual kepada kita dengan harga yang amat murah. Adakah ini juga dikira riba?

Jawapan
Ia adalah jual beli bermasalah walaupun hukum asal saguhati atau hibah dlm jual beli adalah harus. Ini di antara contoh salahguna saguhati/hibah. Saguhati sebegini adalah helah kepada riba. Sebabnya, harga jualan terlalu rendah. penjual pula tidak akan jual dgn harga semurah itu kecuali kerana bayaran saguhati tetap yg dijanjikan lebih lebih lagi apabila ia keseluruhan bayaran yg diterima melebihi harga pasaran, kerana harga pasaran adalah lebih kurang RM12500 bagi 100gram emas.

Ia adalah helah kepada jual beli emas secara bertangguh yg diharamkan. Dengan itu skim ini adalah sebenarnya jual beli emas bertangguh dgn harga mark up, ia adalah RIBA (riba al-buyu’, khas pada jual beli emas, perak dan matawang secara tangguh).

wallahhu a’lam.

Comments

comments