Masalah sewa beli emas untuk dijadikan barang kemas

Soalan

Baru2 ni, ada seorang tauke sebuah kedai emas, dia offer kat saya aqad SEWA BELI. Dia beli emas dgn saya pamp 999.9, 100gram (emas saya utk dia buat bisnes.Dia leburkan, kemudian dia proses jadi barang kemas. Dia ambil emas dengan saya  (emas pump), kemudian dia bayat scr ansur2. Adakah AQAD SEWA BELI ini juga DIKIRA RIBA?

Jawapan

Ini tidak menepati sewa, kerana sewa adalah kebenaran menggunakan manfaat sesuatu barang dengan mengekalkan bentuk asalnya dengan ada bayaran. (tamlik al-manfaah bi ‘iwad). Kalau beli pula, hukum beli emas tidak boleh secara bertangguh. Dalam kes di atas, bayaran adalah secara ansuran. Dengan itu ia adalah riba.

Kalau dipinjamkan, (qard), pamp itu sudah bertukar milik dan peminjam perlu bayar balik barang yang serupa atau nilai yang sama. Dalam kes ini pamp 999.9.  Tidak boleh disyaratkan bayaran lebih sebab ia adalah riba. Adapun bayaran dengan  matawang, hukumnya adalah harus sekiranya peminjam tidak ada pamp 999.9 ketika ingin membayar. Ia tidak boleh disyaratkan awal awal, kerana kalau disyarat awal2 bayar dalam RM, ia dah jadi mu’awadah iaitu aqad jual beli. Jual beli emas tak boleh secara bertangguh.

Penyelesaian ialah dia membeli emas dari tuan secara tunai, pertukaran on the spot. Dia boleh leburkan emas tersbut, atau jual atau buat apa2 dengannya.

Wallahu a’lam

Comments

comments