Mempertikaikan pandangan ulama untuk membolehkan jual beli emas bertangguh

Ada seorang hamba Allah bertanya:
“Dalam hadis, disebut  emas dengan emas, kenapa ulama satu dunia berkumpul tukar maksud hadith emas dengan emas kpd emas dengan kertas? Hadis tu tak bagi tukar emas dgn emas sahaja secara bertangguh, kenapa dok sibuk ubah hadis kepada tukar emas dgn kertas secara bertangguh”?
Jawapan.
Ini adalah satu kebodohan untuk mempertikaikan pandangan ulama, supaya boleh jual beli emas secara tangguh. Ulama adalah pewaris Nabi. Mereka tidak ada kepentingan peribadi dalam mengeluarkan fatwa dan hukum. Mereka bukannya mengubah hadis. Siapa anda sehingga berani mempertikaikan pandangan Jumhur ulama.
Kalau 99 orang kata rumah anda senget. Hanya seorang yang kata tak senget, atau 9 orang pomen yang pakar berkenaan kereta, berkata kereta anda perlu dibaiki, tiba tiba seorang pomen yang tidak berapa pasti atau kekeliruan atau memang bukan pakar, cuma syok sendiri berkata, ia masih baik, nak pakai yang pendapat yang mana?
Kalau hampir semua ulama muktabar mengharamkan jual beli emas secara bertangguh berdasarkan hadis hadis yang sahih, ijma dan qiyas yang sahih, tiba tiba ada sorang dua kata boleh, -munkin keliru/bukan pakar/belum pasti dengan hukum,  menyalahi pandangan hampir semua ulama pakar dan muktabar yang lain, hak mana kita nak pakai? Kalau hampir semua ulama kata duit kertas pada zaman sekarang adalah matawang yang sah dan memiliki illah al thaman (matawang), tiba tiba ada seorang dua hak kata terbalik, nak dengar hak mana?
Orang yang bertanya soalan di atas, mesti baca hadis2 yang banyak melarang jual beli emas secara bertangguh, bukan saja emas dengan emas, bahkan emas dengan perak. Kerana kedua2nya matawang. Dalam kontek sekarang duit kertas adalah matawang, pengukur nilai, medium of exchange yang dipakai di seluruh dunia. Dengan itu, di atas qaedah qiyas, ulama berpendapat duit kertas mengambil hukum yang sama sebagai matawang. Oleh kerana ia memilik illah yang sama iaitu al-thaman, maka hukumnya adalah sama dari segi berlaku riba pada pertukaran yang bertangguh serahan dengan jenis matawang yang lain termasuklah dengan emas dan perak. Di antara kesan lain ialah wajib padanya zakat dan sah membayar zakat dengannya kerana ia bernilai sebagai matawang, bukan seperti kertas biasa.
Wallau’alam
Bacaan tambahan
http://drazman.net/2014/11/adakah-illah-al-thaman-terhad-pada-emas-dan-perak-sahaja-di-dalam-mazhab-shafie/

Comments

comments