Pelaburan RM5000 bersama hibah bulanan yang tetap?

Soalan
Sebuah syarikat atau individu menawarkan pelaburan sbg contoh melabur 5000 utk tempoh 5 bulan. setiap bulan akan dibayar sebanyak 1400.

1000 merupakan duit modal dan 400 dikatakan sebagai hibah daripada keuntungan bulanan hasil dari pelaburan yg dibuat.bermakna selepas tempoh 5 bulan tersebut pelabur akan mendapat jumlah 7000..5000 modal dan 2000 keuntungan.

Bolehkah tuan huraikan dari sudut syara’. Saya sgt tidak faham apa yg dimaksudkan pelaburan..dan apa itu hibbah menurut Islam. Dan sekiranya tidak menjadi keberatan kepada tuan,apakah bentuk pelaburan yg dibolehkan dalam Islam dan bagaimana bentuknya.

Jawapan

Ia adalah satu pelaburan yang menjanjikan pulangan yang tetap, beserta jaminan modal. Ia menjadi pinjaman berfaedah/riba. Tidak ada bezanya dengan ungkapan: “Pinjamkan saya RM5000, saya akan bayar balik setiap bulan sebanyak RM1000+400 Interest/riba. Perkataan hibah menggantikan riba, tidak mengubah status haram kepada halal. Perkataan pelaburan hanya mengelirukan.

Pelaburan di dalam Islam boleh dilakukan melalui perkongsian keuntungan pada kadar nisbah yang dipersetujui seperti 50:50, 40:60. Ini dipanggil mudarabah, tetapi perlu memenuhi sharat sharatnya. Pelaburan juga boleh dilakukan dengan aqad wakalah. Pada kedua dua aqad ini, mudarib dan wakil tidak boleh menjamin modal atau keuntungan tetap, kerana ia akan berubah menjadi pinjaman berfaedah/interest bearing loan. Dengan itu ia tidak patuh Shariah.

Comments

comments