Pelaburan emas dengan memegang sijil pembelian dan mendapat keuntungan bulanan secara tetap

Soalan
smlm saya didatangi oleh penjual emas dr sebuah company xxx. Sharikat tersebut menawarkan skim yg hanya beri sijil tp actual emas disimpan oleh mereka dan di accumulate pulangan bulanan setiap bulan sebanyak 10% sama ada dlm bentuk emas mahupun duit. Sijil itu pula boleh ditebus bila bila masa pada harga asal face value) atau emas yang dibeli. Apa hukumnya?

Jawapan
Secara umumnya, memang skim ini bermasalah dari segi Shariah. Pertamanya tidak diketahui akad apa yang digunakan. Kedua, apabila ia menjajikan pulangan keuntungan yang tetap, dijamin pula modal asal, maka ia menjadi sama dengan memberi pinjaman berfaedah (interest bearing loan). Ia adalah satu skim beteraskan RIBA.

Comments

comments