Persoalan skim cepat kaya melibatkan emas

Persoalan skim cepat kaya. Kawan saya ada mengendalikan satu skim cepat kaya, dengan menggunakan istilah hibah keatas pembelian emas, atau kadang kadang jual, kereta, basikal dll, hibahnya adalah emas.Hibah diberikan secara tetap sebanyak 10% daripada harga belian contohnya bagi pembelian 10k, hibah bulanan ialah 1k, sehingga 20 bulan. Hibah emas bernilai 100 gram, akan diberikan selepas 10 bulan bagi pembelian basikal yg harga asalnya rm500, dijual denga harga 10k. Sekiranya memang tidak ada elemen riba seperti jual beli emas secara tangguh, tidak melibatkan hutang yang memberikan manfaat kepada pemberi pinjaman, apa masalah feqah dengan skim ini?

Jawapan
Skim cepat kaya/money game/ponzi scheme direka oleh mereka yang tamak dan tidak bertanggungjawab dalam pelbagai inovasi, ada yg jual lintah, ikan kelisa, cacing, lembu, pokok depu, kad prepaid emas, perak dll. Diantara ciri2 utamanya ialah ia menjanjikan samada bertulis atau secara verbal memberikan pulangan yang tinggi di samping menjamin modal. Ada yang sanngup memberi cagaran rumah atau tanah atau apa apa harta untuk meyakinkan pelanggan, menggunakan kedudukan, hubungan persahabatan, dan yang paling teruk atas dasar agama kononnya ingin membasmikan sistem riba, (walaupun mereka sendiri yang menyebarkan riba). Tak kira samada dinamakan pelaburan atau jual beli atau hibah, tujuannya adalah sama, menarik perhatian mereka yg tak ambil berat tentang hukum hakam, tamak dgn pulangan yg menarik, samada sedar ttg risiko atau tidak, bahawa ia adalah money game/ponzi scheme, sesetengah pelabur mudah terjerat. Ada yang hati kecil mereka, curious, suspicious, tak berapa tenang, ada yang tak lena tidur, meragui tentang status halal haram dan juga samada akan dapat atau tidak pulangan keuntungan yang dijanjikan.

Pengendali skim pula sibuk mencari helah dan 1001 jawapan dan terus cuba meyakinkan pelabur walaupun dengan pembohongan, walaupun dengan mempertikaikan atau takwil hukum hakam dan hadis2 Rasulullah, sebab mereka sudah buat kesilapan, sudah terjerumus, munkin hati mereka sudah terlalu keras, sudah biasa berdalih, sudah terlalu sukar untuk berhenti, munkin ingin menjadi lebih kaya, munkin nak cover kos, munkin belum sampai target; kerana mereka tahu, sekiranya seorang pelabur menarik diri atau tidak ada pelaburan baru, maka akan hancurlah skim itu.

Untuk menjawab persoalan di atas, ya memang hukum asal hibah adalah harus, tetapi perlu diingat bahawa bukan riba sahaja yang diharamkan oleh Shariah Islam, bahkan penipuan (taghrir), gharar, perjudian, mengambil harta orang lain secara batil (aklu amwal al nas bi al batil) dll juga diharamkan.

Haram di dalam feqah terbahagi kepada dua haram lizati (ab initio), iaitu haram kerana sesuatu itu sendiri seperti arak, babi, riba. Kedua, haram lighairi,(external factor) iaitu sesuatu yang halal juga boleh bertukar menjadi haram kerana faktor luaran seperti menanam anggur untuk dijual kpd kilang arak, membekalkan botol arak ke kilang arak, dll.

Dalam isu skim cepat kaya yang munkin tidak melibatkan riba, seperti menaikkan harga basikal 20 kali ganda, kemudian dihadiahkan emas, atau menjual emas dengan harga mark up dan menjanjikan hibah berbentuk pulangan tetap bulanan yang sangat luar biasa, ia adalah helah untuk menarik lebih ramai pelabur.

Walaupun pada asalnya hibah adalah harus, tetapi apabila ada unsur penipuan, ia boleh bertukar menjadi haram, seperti hukum asal menanam anggur adalah harus, tetapi kerana tujuannya membawa kepada perkara haram, maka hukumnya berubah menjadi haram; samalah juga dengan money game yang mana pada kesudahannya akan ada yg menjadi mangsa penipuan, kerana ia bukan perniagaan yang sebenar, hanyalah fictitious, maka hibah tadi dan keseluruhan skim itu menjadi haram.

Skim cepat kaya/ponzi scheme/money game termasuk di dalam penipuan (taghrir), mengambil harta org lain dgn batil (aklu amwal al nas bi al batil) dan juga haram lighairihi.

Wallahua’lam

Comments

comments