Program Simpanan Haji dan Umrah Menjajikan Had Minimum Dividend Bulanan yang Tetap Berubah rubah

Soalan: Ada sebuah sharikat simpanan haji dan umrah membuat tawaran seperti berikut:

Pelaburan melayakkan anda mendapat Dividen bulanan adalah antara 10%-30% setiap bulan.
Pelaburan minima di dalam xxxx fund adalah usd 1000(rm 3500).
Pelabur boleh memilih untuk mengambil dividen setiap bulan atau mengumpul untuk pakej umrah.
Minta pandangan tuan.
Jawapan
Pelaburan yang patuh Shariah biasanya menggunakan aqad mudarabah atau wakalah. Dalam kedua dua aqad ini, mudarib atau wakil tidak boleh menjamin modal atau pulangan samada dalam bentuk dividen, keuntungan, hibah, saguhati dll secara tetap. Dalam skim ini, keutungan atau dividen dijamin sekurang kurangnya 10% sebulan. Sekiranya dividen dijamin ia akan mengubah kontrak ini kepada pinjaman berfaedah (interest bearing loan). Bayaran dividen yang dijamin adalah riba. Walaupun ia bertujuan baik, tetapi di dalam Islam, matlamat tidak meghalalkan cara.
Kedua dua mudarabah atau wakalah perlu memenuhi sharat2 dan rukun2 masing masing. Di antaranya, sekiranya aqad mudarabah digunakan, perlu ada nisbah pembahagian keuntungan (PSR), kalau tidak mudarabah itu akan terbatal. Kalau wakalah, perlu dietahui berapa upah wakil.   
Wallahu a’lam

Comments

comments