“Serahkan pamp 100g anda kepada kami, kami akan berikan keuntungan yang banyak”

Soalan. Ada iklan pelaburan emas:
“Serah pamp 100g anda kepada kami. Kami sedia membayar RM 3200 x 3bulan. Bulan ke empat dapat balik pamp anda”.

Jawapan
Tidak jelas aqad yg digunakan, kalau sewa mesti patuh kpd peraturan sewa, di antaranya tidak boleh dijual kpd pihak lain, tujuan sewa mesti dipersetujui dan patuh Shariah. Kalau dijual kepada pihak lain, ia bertukar menjadi aqad pinjaman. Pinjaman di sini adalah pinjaman berfaedah dgn mendapat bayaran setiap bulan, dan dijamin modal iaitu serahan balik pamp tadi pada bulan ke empat. Pinjaman berfaedah adalah riba.

Wallahua’lam

Comments

comments