Ceramah Sheikh Prof Dr Ali Muhyiddin al-Qurrah Daghi di UIA; isu adakah duit kertas dianggap ribawi? Boleh beli emas secara bertangguh?

Boleh mendengar sendiri jawapan Sheikh Prof Dr Ali Muhyiddin al-Qurrah Daghi di UIA pada hari Jumaat 14 November 2014. Sheikh mengegaskan bahawa duit kertas atau fiat money mengambil hukum  emas dan perak sebagai matawang zaman sekarang, ‘illah al-thaman yang ada pada emas juga didapati pada duit kertas, dengan itu ia dianggap sebagai item ribawi. Qiyas duit kertas dengan fulus adalah tidak betul kerana fulus hanya digunakan pada masa dahulu yang dianggap sebagai alat tukar sampingan yang digunakan untuk membeli benda benda yang murah seperti telur dll. Mutlak al-thamaniyyah atau matawang mutlak pada masa dahulu adalah emas dan perak. Keadaan sudah berubah sekarang, duit kertas sudah menjadi matawang utama. Beliau juga menegaskan tidak disyaratkan ada sandaran emas pada duit kertas. Beliau juga menolak pandangan yang menganggap bahawa emas sudah menjadi komoditi biasa, tidak lagi dianggap  sebagai matawang, kerana hadis hadis yang sahih jelas menyebut hukum khas berkenaan hukum hukum riba yang berkaitan. Beliau menegaskan emas tidak boleh dibeli secara tangguh serahan atau bayaran kerana kedua dua emas dan duit kertas adalah item ribawi yang berkongsi ‘illah yang sama iaitu al-thaman.

Ceramah beliau sepenuhnya:

 

Soal jawab Fadilatul al-Shaikh berkenaan jual beli emas secara bertangguh, “illah al-thaman pada duit kertas, qiyas duit kertas dengan fulus adalah batil, sepatutnya diqiyaskan dengan emas, di Bank Rakyat pada 13 Nov. 2014:

 

 

 

Comments

comments