Beli emas murah, dapat saguhati tetap bulanan, lepas setahun dapat emas

Soalan
apakah hukum jika pelaburan emas dgn cara ini?

Jenis Emas: Pamp Suisse 100gm
Harga : RM4999.99
Tempoh akad : 10 bulan
Saguhati bulanan: RM1000

Jadual bayaran Saguhati
Bln 1-9 : RM1000
Bln 10 : RM 1000+ emas fizikal.
Kiraan tempoh bayaran Saguhati : 30-37 hari.

Borang perjanjian kecil disediakan dan stamp hasil (kos atas buyer)

Jawapan

Ia adalah transaksi riba. Ini kerana emas tidak diserahkan pada waktu aqad. Kedua, oleh kerana duit diambil dahulu, emas diserahkan setahun kemudian, ia adalah helah, seolah olah diambil pinjaman Rm4999, dibayar riba rm1000 sebulan. Ketiga, harga jual yang rendah, saguhati yang “luar biasa” berbau penipuan dan skim cepat kaya. Jauhilah diri anda dari transaksi sebegini. Ia tidak patuh Shariah.

Comments

comments