Adakah Duit Kertas Adalah Item Ribawi Menurut Feqah Mazhab Shafie?

Ada sesetengah anggota masyarakat keliru dengan padangan ulama Mazhab Shafie yang berkenaan dengan fulus. Ada yang sanggup mendakwa Imam Shafie membenarkan membeli emas bertangguh dengan duit kertas. Mana ada duit kertas pada zaman dahulu. Pengunaan fulus pada zamana dahulu juga terhad kerana emas dan perak masih diguna secara meluas sebagai matawang utama. Sekarang, sudah terbalik, sebab duit kertas adalah digunakan secara meluas, sehingga tidak diketahui lagi penggunaan emas dan perak untuk membuat pembelian, bayaran, alat pertukaran, pengukur nilai, simpanan kekayaan dan lain lain peranan duit.

Memang tidak boleh dibandingan duit kertas dengan emas daripada memiliki nilai pada zatnya, tetapi ia diqiyaskan dari segi penggunaannya sebagai alat tukar/ matawang. Penyalahgunaan dadah adalah haram, diqiyaskan dengan arak, kerana kedua duanya memabukkan, walaupun dadah, candu dan apa apa bahan yang seangkatan dengannya tidak digunakan dengan meminum barang tersebut. Beras tidak disebut di dalam Al-Quran atau Sunnah, tetapi ia adalah barang ribawi berdasarkan qiyas dengan gandum dan barli yang sama sama dianggap sebagai makanan asasi.

Ada yang sibuk qiyas duit kertas dengan fulus yang tidak laku. Ada juga yang menterjemahkan fulus kepada duit kertas. Ada juga yang sibuk menyalahkan fatwa ulama ke atas wang kertas selepas 1973, setelah tidak ada lagi sandaran emas. Kononnya mereka menggandaikan wang kertas macam emas dan perak sebab ia mempunyai sifat thamaniyah. Maka di illahkan sebagai barang ribawi. Soalan beras juga barang ribawi yang boleh di illah pada gandum tapi boleh ke beras di illahkan dengan garam atau emas atau perak. Tak serupakan. Mereka beriya2 untuk menaik taraf wang kertas

Ada juga yang sibuk menyalahkan ulama seolah olah mereka beriya2 untuk menaik taraf wang kertas pada barang ribawi semata2 dengan sifat thamaniyah tanpa ambil kira ayn dan dayn.

Ulama bukannya hendak menaikkan taraf wang kertas. Mereka akan keluarkan fatwa yang sama, kalau benda lain yang digunakan sebagai matawang, apa apa sahaja matawang adalah ribawi. Kenapa nak qiyaskan duit dengan beras? Illah tidak sama. beras adalah ribawi kerana makanan asasi (qout), duit kertas pula adalah al-thaman. Apa kaitan dengan ayn dan dayn? Tidak ada kena mengena sebab duit ” la yata’yyanu bi al-ta’yin”, tidak boleh ditakyinkan dengan takyin. Ia berfungsi dengan nilai, bukannya nombor siri pada duit tersebut. Walaupun sekiranya, pada asalnya dikeluarkan berdasarkan hutang, (menurut dakwaan sesetengah pihak) ia bukannya hutang. Boleh dibayar zakat dengannya dan bayaran tunai dengannya dianggap sebagai tunai.

Ada juga yang teramat keliru mennganngap duit kertas sama dengan kulit babi atau vodka. Vodka macam air mutlak tapi ada sifat lain tidak boleh di guna untuk wuduk. Sama juga dengan wang kertas tidak boleh di illahkan begitu sahaja hanya dengan sifat thamaniyah semata2.

Ini adalah dakwaan yang bodoh dan keliru. Kenapa diqiyaskan duit kertas dengan najis aini seperti babi dan arak yang memang najis pada awal awal. Adapun duit kertas, ia bukannya najis pada zatnya, kalau kita jual basikal kepada non Muslim yang menggunakan duit hasil riba/judi/jual babi, duit itu boleh diterima, tidak ada dosa atau najis padanya. Yang berdosa ialah setiap kesalahan atau pencuri bukannya duit yang dicuri. Yang masuk penjara ialah pencuri bukannya duit yang dicuri.

Duit kertas atau apa apa jenis duit adalah item ribawi, ada padanya ‘illah yang sama pada emas dan perak al-thaman/duit. Tidak boleh beli emas, perak atau matawang lain dengannya secara bertangguh bayaran atau serahan. Kitab Fiqh Manhaji, iaitu fiqah mazhab Shafie semasa yang diiktiraf seluruh dunia, dengan jelas menyebut bahawa wang kertas zaman sekarang mengambil hukum emas dan perak dari segi berlakunya riba dan sebagai barang ribawi:
« فكل ما يجري التعامل به من الأثمان ويقوم مقام الذهب والفضة كالعملات الرائجة الآن، يعتبر مالا ربويا ويجري فيه الربا إلحاقا بالذهب والفضة»
الفقه المنهجي ، 6/67
Maksud: “Setiap apa yang digunakan sebagai duit yang berfungsi seperti emas dan perak seperti matawang yang digunakan secara meluas sekarang adalah dianggap sebagai barang ribawi, berlaku padanya riba mengambil hukum emas dan perak.”

Ada sedikit kekeliruan ditimbulkan oleh sesetengah pihak disebabkan ada disebut di dalam al-Fiqh al-Manhaji, gambaran duit kertas ada sandaran emas padaya. Gambaran ada sandaran emas pada duit kertas disebut pada bab al-sarf (pertukaran duit) sahaja. Ia tidak disebut pada bab riba dan di tempat tempat lain. Kebiasaannya pengarang ada emas atau apa yang menggantikannya sebagai matawang. Walaupun tidak disebut ia disyaratkan ada sandaran emas, tetapi kumpulan yang keliru dan sengaja mencari peluang untuk menghalalkan jual beli emas secara bertangguh, menganggap seolah2 perlu ada sanadaran emas pada duit kertas, kalau tidak ada sandaran emas, ia bukan ribawi dan boleh beli emas secara bertangguh. Penulis berjaya mendapatkan pengesahan melalu SMS daripada Sheikh Prof Dr Mustafa al-Bugha salah seorang pengarag kitab al-Fiqh al-Manhaji melalui Dr Mujahid dari Syria, pada hari Jumaat 14 November 2014, melalui menantunya seperti berikut:

لسلام عليكم ورحمة الله تعالى وبركاته
الدكتور مصطفى يرى أن النقود ولو لم يقابلها رصيد تحمل علة الثمنية… فتبقى ربوية، وبالتالي فلا يجوز بيع الذهب بالعملة الورقية إلى أجل.

“Prof Dr Mustafa (pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji) berpendapat bahawa duit kertas walaupun tidak ada sandaran (emas), mempunyai ‘illah al-thamaniyyah (pengukur harga/alat tukar/matawang).. adalah ribawi, dengan itu tidak harus membeli emas dengannya secara bertangguh.”

Penulis berkesempatan menanyakan beberapa soalan kepada Sheikh Professor Dr Ali Muhyiddin al-Qurrah Daghi di antara ulama mazahab Shafie yang terkemuka, yang banyak mengarang kitab dan mentahkik kitab kitab Mazhab Shafie. Di antara karyawan beliau ialah takhkik kitab Mukhtasar al-Buwaiti. Al-Buwaiti adalah anak murid imam Syafie, di antara tulisan2 awal mazhab. Beliau juga sedang menerbitkan tahkik kitab “al-wasit” oleh Imam al-Ghazali, 15 jilid. Temuduga dibuat pada pada 10 November 2014 di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur sempena Persidangan Ulama Syariah Sedunia kali ke 9 anjuran ISRA dan IRTI. Di antara soalan yang ditanya ialah adakah duit kertas sekarag dianggap sebagai ribawi? Beliau menjawab ya. Bagaimana pula degan sandaran emas, perlu ada atau tidak? Beliau menjawab: “Tidak semestinya ada sandaran emas”. Beliau menegaskan zaman dahulu pun, bukan betul betul ada sandaran emas pun. Ia bukan syarat sebagai barang ribawi. Beliau juga menghuraikan pandangan Imam Shafie berkenaan “mutlak al-thamaniyyah” bahawa ia merujuk kepada matawang yang digunakan pada zaman dahulu iatu emas dan perak sebagai yang matawang utama. Fulus hanya dianggapa seperti barangan yang diniagakan, bukan matawang utama. Dalam konteks sekarang duit kertas adalah matawang utama, dengan itu, ia adalah baranga ribawi, berlaku padanya riba, wajib zakat padanya.

Penulis berkesempatan sekali lagi menanyakan soalan yang sama ketika Sheikh memberikan ceramahnya di Bank Rakyat, pada 13/11/2014 dan sekali lagi di UIA, 14/11/2014. Beliau menjelaskan bahawa qiyas duit kertas degan fulus adalah qiyas yang batil. Ia tidak betul. Dulu, fulus hanyalah digunakan sebagai matawang sampingan yang digunakan untuk beli benda2 yang murah seperti telus dll, bukannya matawang utama. Sebab itu Imam al-Nawawi berkata walaupun ia digunakan secara meluas, ia tidak sama dengan emas dan perak. Tidak berlalu padanya riba. Ini adalah sesuai degan zaman dan urus setempat di Syam. Adapun Ulama mazhab Shafie di Khurasan pula berpendapat bahawa fulus adalah ribawi kerana ia digunakan sebagai matawang dengan meluas dan dianggap seperti emas dan perak sebagai duit. Sekarang duit kertas adalah matawang utama. Dengan itu, ia mengambil hukum emas dan perak sebagai matawang, sebagai barang ribawi, boleh berlaku riba dan wajib padanya zakat.

Sheikh Ali juga mengambil pendapat Imam al Ghazali, bahawa al-thaman/duit adalah alat ukur nilai contohnya berapa beza air mineral berbanding dengan jus orange, ia adalah alat pertukaran (medium of exchange), alat simpan kekayaan/harta. Dengan itu duit kertas adalah al-thaman mengambil hukum emas dan perak sebagai matawang.

Ketika di Bank Rakyat, beliau menasihatkan supaya jangan ikut fatwa sesetengah golongan “mutafaqqih” (yang mendakwa tahu feqah, tetapi jahil/shok sendiri).

wpid-screenshot_2014-11-14-20-13-28.png

wpid-screenshot_2014-11-14-20-07-59.png

 

16772_757757170973701_5703770362636572266_n

Comments

comments