Bantulah Mangsa Banjir

Negara kita baru dilanda banjir besar pada musim banjir sekarang. Banjir yang menimpa Kelantan adalah yang paling buruk dalam sejarah. Ia bagaikan Tsunami. Ramai yang kehilangan rumah tempat tinggal, pakaina, peralatan dan keperluan harian. Pengalaman saya ke lokasi kawasan banjir seperti Kuala Krai, Lakloh, Manek Urai, Kampung Laut, Tendong, Tanah Merah suasana seperti selepas perang. Rumah rumah dan surau yang roboh. Kerosakan termasuk jalan raya dll. Bantulah mereka dengan rezeki yang Allah anugerahkan kepada anda. Bantuan boleh diberikan dalam bentuk hadiah, hibah, infaq, zakat, fidayah beras, waqaf, sumbangan sedekah dan juga pembersiha kepada sumber pendapatan yang tidak patuh Shariah atau shubhah.

Semoga Allah menambah rezeki tuan puan yang budiman. Rasulullah bersabda: “Allah akan sentiasa membantu hamba yang membatu saudaranya di dalam kesusahan”.

 

 

Comments

comments