Ceramah Sheikh Dr Said al-Kamli di LT4 UIA, Jumaat, 10:15am-12:20pm, 122014

 

10857784_10153360749324056_3167440200527881928_n

 

Di antara yang menarik daripada pembentangan Sheikh ialah, ada yang salah faham oleh segelintir anggota masyarakat Islam menganggap bahawa garam tidak boleh dijual beli secara bertangguh kerana ia adalah barangan ribawi sebagaimana yang disebut di dalam hadis Ubadah bin al-Somit. Beliau menjelaskan apa yang dikmaksudkan dengan perbezaan asnaf (klasifikasi barangan ribawi-emas, perak -matawang,  dan tamar, gandum, barli dan garam-makanan asasi) makna hadis “apabila berbeza jenis, maka berjual belilah dengan apa cara sekalipun dengan syarat ia dilakukan dengan serah menyerah dari tangan ke tangan.” (fa iza ikhtalafat al asnaf, fi bi’u kaifa shi’tum iza kana yadan bi yadin). Menurutnya ulama memahami perbezaan jenis yang memerlukan serahan tangan ke tangan/secara tunai ialah apabila ada perkongsian ‘illah yang sama seperti emas dengan perak, tamar dengan gandum atau gandum dengan garam. Adapun pada pertukaran yang melibatkan perbezaan ‘illah, maka ia tidak disyaratkan pertukaran on the spot di dalam majlis aqad. Dalilnya ialah hadis yang sahih sebagaimana yang disebutan di dalam Sahih Muslim berkenaan dengan jual beli tamar secara bay’ al-salam dengan emas atau perak. Bayaran didahulukan, serahan barangan ribawi iaitu kurma adalah secara bertangguh. Di dalam hadis tersebut Rasulullah menegaskan bay’ al -salam perlu menjelaskan tempoh serahan, timbangan, dan sukatan barang yang ditempah. Hadis ini menunjukkan bahawa pertukaran jenis makanan dan jenis duit boleh berlaku penangguhan serahan. Dengan itu syarat mesti berlaku di dalam majlis aqad adalah terhad pada pertukaran barangan ribawi yang berkongsi ‘illah yang sama.

Di antara soalan yang sempat saya bertanya pada Sheikh, ialah berkenaan dengan masalah khilaf yang muktabar dan yang tidak muktabar. Bolehkan dianggap khilaf, atau sebenarnya mukhalafah Ada 2 contoh. Pertama masalah jual beli emas secara bertangguh serahan atau bayaran. Kedua masalah “madad ya Rasulullah”. Beliau menegaskan bukan semua khilaf boleh dianggap khilaf muktabar. Ini kerana, sekiranya pada masalah khilafiah yang muktabar, persoalannya adalah samada salah satu pandadangan itu dianggap rajih atau marjuh. Adapun pada bukan masalah khilaf yang muktabar, ia adalah diantara sahih atau batil. Berkenaan dengan hukum jual beli emas secara bertangguh, tidak ada pendapat yang membenarkannya. Beliau juga menolak pendapat yang membenarkannya kononnya dengan alasan bahawa tidak ada sandaran emas pada duit kertas sekarang.

Adapun pada masalah madad ya Rasulullah, beliau bertanya, apa yang dimaksudkan dengan perkataan tersebut? Kalau meminta Syufaat, siapa yang beri syufaat? Kalau Allah yang memberi syafaat, kenapa tidak diminta dari Allah.

Jazahullah khairan kathiran

 

Comments

comments