Jual emas 100gram dengan harga RM4k, lepas sebulan dapat balik emas yang dijual bersama hibah

Soalan

Salam. Saya nak tanya pasal program terbaru anjuran xxx  gold trading, patuh Syariah atau tidak. Hantar pamp 100g dpt rm 4000 time tu jgk, selepas 30 hari, dapat balik pamp dan diberikan hibah rm 1500.

Jawapan,
Ia adalah transaksi yang bermasalah dari segi kepatuhan kepada Shariah, berdasarkan alasan berikut:

Pertama, jual beli sedemikian adalah tidak sah. Kalau saya jual barang, saya ambil harga bayaran, kemudian saya kata, kena pulangkan balik barang yang saya jual selepas sebulan, ia adalah jual beli yang tidak sah. Samalah juga kalau pembeli menawarkan awal awal lagi akan memulangkan barang yang dibeli, penjual beretuju menjual dengan syarat tersebut, ia adalah syarat yang bercanggah dengan tujuan (muqtada) jual beli, dengan itu ia membatalkan jual beli tersebut dari awal awal lagi. Ini kerana jual beli adalah pertukaran dua gantian yag melibatkan perpindahan pemilikan.

Kedua, ia adalah pinjaman berfaedah. Emas dipinjamkan (qard), kemudian dipulangkan balik. Kalau sekadar meminjam emas, tidak ada isu Shariah. Tetapi, masalahnya ada manfaat dalam bentuk bayaran duit tunai. Bayaran duit kononnya harga jualan emas iaitu RM4000 dan hibah RM1500 adalah riba, kerana ia bukan betul betul jual beli. Ini kerana pemilik emas tidak akan bodoh menjual emas yang bernilai RM13k dengan harga RM4k, kecuali dia sudah tahu, dia akan dapat balik emas yang dijual sebab pembeli/pengelola skim sudah berjanji akan bagi balik emas tersebut. Pemilik emas/pelabur sudah tahu tidak akan berlaku pemindahan pemilikan sebenar kepada pembeli. Emas itu akan kembali kepadanya.

Kesimpulan, ia bukan transaksi jual beli yang sebenar, ia hanyalah “camouflage” atau helah kepada riba. Transakasi tersebut pada adalah dikira sebagai pinjaman (qard) emas. Setiap pinjaman yang memberikan manfaat kepada pemberi pinjaman adalah riba.

Wallahu’alam

Comments

comments