Membuat pinjaman peribadi kerana ingin “melabur” dalam skim pelaburan emas cara ETA

Soalan
Assalamualaikum Dr. Apakah hukum jika kita melibatkan diri dalam pembelian emas secara ETA berdiskaun, dan tawaran beli balik dengan hargi yang jauh lebih tinggi. Sebagai contohnya jika kita menyertai program KJ04 (Kira Jadi Gold). Isunya jika kita menggunakan modal melalui pembiayaan peribadi (personal loan) untuk tujuan ini. Bolehkah jika dilakukan perkara sedemikian.

Maaf kerana saya terlalu naif dalam hukum hakam ni..Jawapan dari Dr. amat saya hargai.

Terima kasih.

Jawapan
Membeli emas secara bertangguh serahan adalah riba yang jelas. Ia adalah riba al-buyu’ yang berlaku pada pertukaran/jual beli barangan ribawi. Bagi pertukaran barangan ribawi yang berkongsi ‘illah yang sama seperti emas dengan perak, emas dengan duit kertas, duit kertas dengan perak, disebabkan kedua duanya berkongsi ‘illah yang sama, maka berlaku riba sekiranya pertukaran tidak dilakukan secara tunai, serahan dan bayaran dilakukan di dalam majlis aqad.

Adapun membuat pinjaman peribadi, kalau dibuat dengan bank konvensional, dah sah riba. Pada masa yang sama, ia berisiko kerana, kemunkinan tuan akan kehilangan duit, tersebut, kerana duit sudah dibayar, emas entah di mana, ditangguh tangguh kerana “tersontot”. Risiko yang sama, sekiranya tuan membuat pembiayaan peribadi daripada mana mana bank Islam, sekiranya ia dilakukan di atas dasar ingin melabur dengan skim skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap yang luar biasa termasuklah yang dikaitkan dengan jual beli emas bertangguh dan tawaran beli balik dengan harga yang tinggi.

Elakkan daripada skim sebegini. Jangan sekali kali tambah beban hutang dengan meminjam untuk “melabur”.

Wallahua’laam

Comments

comments