Menempah Kiriman Emas dari Dubai

Soalan

Saya menjual emas fizikal. Saya atau partner saya sendiri akan ke Dubai. Di sini saya ingin buat preorder dan collect duit customer saya dan ambil stok di dubai. Bolehkah transaksi pre order dibuat yang  mana saya ambil untung RM40 dari harga market di Dubai bagi setiap item. Saya kurang arif tentang  hukum  jual beli emas.

Contoh: 1.1gm goldbar di Dubai RM157,saya buka jualan dgn harga RM197. Saya ambil deposit RM157. Apabila goldbar saya bawa pulang dan saya serahkan pada customer saya, dia akan bayar baki RM40 lagi. Adakah ini transaksi tidak sah dan riba? Penjelasan tuan saya ucapkan ribuan terima kasih dan hanya Allah dpt membalasnya

Jawapan

Pertamanya, usaha tuan ingin memastikan supaya transaksi jual beli emas patuh Shariah adalah usaha yang baik dan terpuji dan patut dicontohi. Membuat tempahan pembelian emas  walaupun dengan dengan membayar booking  fee (bukan deposit), adalah dibenarkan dengan syarat aqad jual beli hanya dilakukan semasa serarhan emas dan bayaran secara tunai. Adapun tempahan emas yang sudah dikira aqad  jual beli yang mengikat, seperti jual beli emas cara ETA, samada dibuat bayaran penuh atau separuh, ia tidak dibenarkan kerana berlaku penagguhan serahan emas, yang menjadikannya riba.

Dalam contoh di atas, di antara alternatif yang dibolehkan ialah tuan menjadi wakil  kepada pelanggan tuan untuk membeli emas di Dubai. Adapun pembelian emas oleh wakil, hukumnya adalah harus asalkan ia dilakukan secara tunai di mana berlaku serahan emas dan bayaran harga emas semasa beraqad.

Tuan boleh mengenakan caj. Aqad yang digunakan ialah wakalah bi al-ajr iaitu wakalah beserta upah. Upah/fee/service caj boleh dikenakan samada sebelum atau selepas pembelian. Jadi RM40 boleh dianggap upah atau service caj. Upah mestilah diketahui dan dipersetujui.

Dalam sesetengah situasi, juga dengan prinsip dan aqad wakalah, sekiranya harga emas berubah ubah, tuan boleh cadangkan satu harga contohnya RM 140 satu gram, sekiranya tuan boleh dapatkan harga yang lebih rendah, perbezaan harga itu dianggap hibah kepada tuan. Samalah juga di dalam kes tuan menjadi wakil, boleh disyaratkan sekiranya tuan berjaya menjual dengan harga lebih dari contohnya RM140, maka yang selebihnya itu dihibahkan kepada tuan.

Wallahua’lam

Untuk bacaan lanjut:

 

http://drazman.net/page/2/?s=bagaimana

Comments

comments