Persoalan Mengubah Harga Barang Yang Dijual

Soalan

(1)Saya jual motor Rm1000 tunai(cash) dan jika pelanggan mahu buat penangguhan bayaran saya akan jual dengan harga rm1500 bertangguh selama 9 tahun akad tangguh(hutang) berserta plan tangguh(hutang) boleh ke?

(2)sy telah berjanji dgn pelanggan rm1500 secara hutang tetapi tiba2 sy up lagi rm100 jadi rm1600 sedangkan dalam plan tangguh tu Rm1500 jadi adakah ini (riba) atau (kezaliman) kerana memungkiri perjanjian?

Jawapan

1.Tidak ada halangan bagi penjual menjual sesuatu barang dengan membezakan harga jualan secara tunai dan secara ansuran/tangguh bayaran. Tetapi jual beli dan harga mestilah mana mana satu sahaja. Sekiranya dia beli secara tunai, harga yang diperstujui ialah secara tunai. Sekiranya dijual beli bertangguh bayaran, mesti juga disebut satu harga sahaja, iaitu, dalam contoh di atas RM1500.

2. Secara umumnya penjual tidak boleh mengubah harga daripada rm1500 kepada rm 1600. Kaedah umum ialah apabila penjual dan pembeli sudah bersetuju dengan sesuatu harga dan aqad jual beli sudah dilakukan, maka ia dikira mengikat kepada kedua dua pihak berkontrak. Tetapi, di dalam fiqh muamalat, dibenarkan juga bagi pihak yang berkontrak samada penjual atau pembeli membatalkan kontrak, dengan syarat dia mendapat persetujuan daripada pihak kedua. Ini dipanggil iqalah atau fasakh. Iqalah pula ada khilaf di kalangan fuqaha, ada fuqaha yang anggap ia sebagai fasakh, ada juga fuqaha yang menganggapnya sebagai bay’ (jual beli semula). Dalam keadaan fasakh atau pembatalan jual beli, perlu dipulangkan barang yang dibeli dengan keadaan asalnya dan juga harga yang sudah dibayar secukupnya. Adapun pandangan yang menggap ia sebagai bay’ iaitu pandangan mazhab Maliki, maka boleh berlaku perbezaan di antara harga baru dengan harga asal, kerana ia dianggap sebagai jual beli baru.

Dalam persoalan di atas, tidak ada pembatalan transaksi jual beli, tetapi tambah harga. Maka ia adalah tidak harus. Ini termasuk menyebabkan kezaliman atau ketidak adilan kepada pembeli, sedangkan falsafah dan hikmah jual beli ialah untum meberikan keadilan dan keuntungan (win win situation) kepada pihak berkontrak, dan suka sama suka, reda meredai (al-taradi).

Wallahu’alam

 

Comments

comments