Adakah emas putih hukumnya sama dengan emas biasa?

Soalan: Adakah emas putih juga ribawi tidak boleh dijual beli secara bertangguh serahan atau bayaran? Adakah platinum sama dengan emas putih?

Jawapan

Ya. Emas putih adalah hukumnya sama degan emas biasa, kerana ia mempunyai kandungan emas yang lebih dari bahan bahan lain. Kaedah feqah menyebut, “li al-ghalib hukm al-kull” bererti bagi yang ghalib (lebih dari separuruh)/lebih dominan, hukum keseluruhannya.Kandungan emas putih adalah seperti berikut:

Gold 75%
Palladium 10%
Nickel 10%
Zinc 5%

Sekiranya emas putih dijadikan barangan perhiasan, maka perbezaan pendapat pada keharusan jual beli emas bertangguh adalah sama seperti barang kemas emas biasa. Ada sedikit kelonggaran bagi sesetengah fuqaha.

Platinum bukan emas putih dan ia bukan barang ribawi.

Untuk bacaann lanjut: https://sterlingcanyon.wordpress.com/2012/01/19/white-gold-aint-texas-tea-and-platinum-aint-silver/

 

Comments

comments