Bay al wafa emas yang sama nilai dan kualiti tetapi berlainan nombor siri

Soalan: Saya ada menawarkan bay’ al-wafa kepada pelanggang yang memerlukan kecairan wang, tetapi dia akan membeli balik bukan emas lain tetapi pada nilai, kualiti dan harga yang sama.

Jawapan

Sekiranya barang yang dibeli balik oleh penjual daripada pembeli bukan barang yang sama yang dijualnya untuk mendapatkan wang tunai, maka ia bukan lagi bay’ al wafa. Bay’ al-wafa adalah menjual sesuatu barang bersayarat membeli balik barang tersebut pada harga yang sama oleh penjual. Seolah olah ia adalah pinjaman bergadai. Pembeli pula boleh mengambil manfaat daripada barang tersebut kerana sudah berlaku perpindahan pemilikan. Isu Syariah yang lain ialah perpindahan pemilikan yang bersifat bertempoh dan keterikatan pembeli daripada bebas bertasarruf pada barang yang dibelinya kerana dia mesti menjual balik barang tersebut bila tuan asalnya menebus bayaran harga yang dibayar. Sepatutnya perpindahan pemilikan berlaku secara mutlak tanpa tempoh dan sebarang keterikatan. Jumhur ulama mengharamkan bay’ al-wafa. Hanya sesetengan ulama Hanafiah dari Khurasan membenarkannya kerana hajat orang ramai pada zaman tersebut kepada pinjaman yang bercagar.

Sekiranya dibeli balik pada harga yang lebih atau salah satu daripada jual beli itu adalah jual beli yang melibatkan penangguhan bayaran dan penambahan harga (mark up), dan satu lagi melibatkan jual beli tunai yang lebih rendah, maka ia dianggap sebagai bay’ al-‘inah.

Sebagai rumusan, menjual emas jonkong dengan sesuatu harga dan berjanji membeli balik pada harga yang sama emas yang lain yang sama berat dan kualiti boleh dipertimbangkan keharusannya. Tetapi ia tidak ada nilai komersial kerana pembeli atau kedai kedai pajak tidak boleh mendapatkan sebarang keuntungan kecuali boleh membeli emas dan menggunakannya pada harga yang lebih rendah. Walaupun begitu, dia terikat menjualnya semula dengan harga yang sama. Tambahan pula, ia hanya boleh dilakukan pada emas dalam bentuk jonkong, pamp suisse dan syiling. Adapun barang kemas emas adalah tidak praktikal kerana kebiasaannya penjual/penggadai ingin mendapatkan emasnya yang munkin mempunyai sentimental value.

Comments

comments