Mengambil Sejumlah Wang Sebagai Jaminan (Kafalah) Kepada Bayaran Pembelian Emas

Soalan

Jual beli emas bertangguh serahan atau bayaran adalah dilarang. Bolehkah saya sebagai penjual mengambil duit yang sama dengan harga emas sebagai jaminan bayaran emas yang akan saya jual.

 

Jawapan

Secara umum ada ulama yang membenarkan pengambilan cagaran sebelum berlakunya keberhutangan. Begitu juga pengambilan cagaran bagi ganti rugi bagi kerosakan yang disebabkan oleh kecuaian, salahlaku atau tidak patuh sharat sesuatu aqad yang berteraskan amanah seperti sewaan, musharakah dan pinjaman (selain dari matawang).

Contoh, penyewa diminta membayar deposit 2 bulan sebagai jaminan/cagaran. Bolehkah saya menjual emas dengan mengambil duit cagaran yang sama banyak dengan harga emas berasaskan kafalah bi al mal.

Untuk mengambil gadaian sebelum berlaku keberhutangan, ada sesetengah fuqaha yang membenarkannya.

Contoh di atas lebih dekat kepada gadaian/cagaran/ al-rahn berbanding dengan al-kafalah/al-doman.

Masalah utama dalam kes ini ialah helah kepada pinjaman dan jual beli emas yang dilarang oleh Rasulullah. Ini kerana cagaran yang diambil ialah wang, bukannya kereta atau apa apa tangible asset yang lain. Untuk membolehkannya, cagaran itu tidak boleh digunakan, ia mestilah dalam bentuk wadiah yang sebenar, di mana ia tidak digunakan dahulu oleh penjual emas.

Wallaua’lam

Comments

comments