Pendant Emas Berhibah

Soalan

Saya ingin bertanya berkenaan program jual beli  10g pendant emas berhibah, harga 1 gram dengan harga RM 360, 10gram dengan harga RM3,600. Ciri ciri utama skim ini adalah seperti berikut:
1. Anda dapat pendant 10g. Di situ anda terjamin tidak rugi.
2. Pendant anda boleh jual kembali. Harga tertakhluk kepada mks we buy.
3. Tentang hibah
4 Bulan 20g
8 Bln 40g
12 Bln 80g.
nilai emas masa itu tidak tahu,jadi hibah anda dapat 80g
Kalau harga emas masa itu rm 1,maka anda dpt rm80
Kalau mks buy masa itu rm0.50,maka anda dpt rm40
Kalau mks buy rm0.10,maka anda dpt rm8
Jika mks buy masa itu rm150,maka anda dapat rm12,000
Nilai rm tertakluk kpd nilai mks we buy.
#Rebut peluang keemasan sekarang, belian pendant dengan hibah berakhir April ini.  Gunakanlah pendant di tangan sebaik mungkin & nikmati hibah anda kemudian hari In Sya Allah.

Apa pandangan dr dlm hal ini?

Jawapan

Ia adalah skim yang bermasalah. Cuba perhatikan bagaimana harga di mark upkan daripada awal, harga pasaran emas semasa hanya sekitar RM140/1 gram. 10 gram hanya RM1400. Dengan kata lain, harga semasa MKS dengan RM3600, sebenarnya tuan sudah boleh beli lebih kurang 26 gram emas, bukannya 10 gram. Hadiah atau hibah dalam bentuk berat emas pada asalnya adalah harus. Tetapi, di sini, ada unsur taghrir (penipuan), kerana, amat mustahil peniaga boleh berikan hadiah yang begitu banyak,  sehingga 8 kali ganda harga asal dalam masa setahun. Ia berbau skim cepat kaya dan amat tidak mustahil akan membawa kepada kes sontot. Program sebegini secara kesuluruhannya tidak patuh Shariah.

 

 

Comments

comments