“Suftajah” emas

Soalan

Bolehkah saya menjual emas kepada pembeli di Kelantan, saya berada di Kuala Lumpur secara online. Tetapi dia akan menerima emas tersebut daripada wakil atau rakan kami di Kelantan. Seolah olah pembeli di Kelantan akan menerima emas yang sama kualiti, patern dan berat yang sama, cuma nombor pendaftaran yang berbeza. akan diserahkan oleh rakan saya di sana pada nilai yang sama? Kalau ada pembeli yang membeli daripada kawan saya pula, dan perlu kepada penyerahan di Kuala Lumpur, saya akan menyerahkannya emas saya yang ada dalam pegangan saya.

Jawapan

Ulama telah berbincang secara panjang lebar berkenaan madalah suftajah. Gambarannya ialah sekiranya A ingin bermusafir dari Madinah ke Baghdad, dan risau takut dirompak, A memunjamkan emasnya satu kilo kepada Ahmad, dan akan menerima bayaran daripada Ibrahim iaitu saudara atau rakan Ahmad di Baghdad. Ia melibatkan hawalah di mana Ahmad meminta a menerima bayaran pinjamannya di Baghdad.

Suftajah melibatkan manfaat kepada kedua dua pihak; peminjam, dapat guna duit melalui pinjaman, pemberi pinjaman pula dapat bermusafir dengan selamat, dalam kontek sekarang dapat mengurangkan kos penghantaran.

Persoalannya bagaimana berlaku qabad (serahan) dan taqabud (serah menyerah emas dan harganya) ? Munkin cara lain ialah, dengan menjadikan rakan atau saudara kepada penjual yang ada stok yang sama sebagai wakilnya untuk menjual, selagi mana tidak berlaku penangguhan pada pembelian emas. Wakil boleh menjual melakukan akad bagi pihak muwakkil. Cuma stok emas perlu ada semasa jual beli.

Munkin Suftajah dalam kontek sekarang lebih sesuai digunakan bagi banker’s cheque, atau traveller’s cheque. Dalam kontek jual beli emas, munkin ia boleh digunakan dengan cara reverse/terbalik, iaitu penjual emas A terlebih dahulu meminjamkan (‘ariyah) emasnya sebagai contoh 10gram pamp suisse, kepada rakannya penjual emas B yang akan menjualkannya di Kelantan. Kemudian sekiranya ada pembeli di Kuala Lumpur, ingin membeli emas dari A, emas milik B yang dipinjamkan kepada A boleh dijual kepada pembeli di Kuala Lumpur, kemuduian mereka boleh melakukan offset atau penyelarasan bayaran.  Emas yang dipinjamkan, adalah seumpama duit yang dipinjamkan, peminjam boleh menggunakannya untuk membeli matawang lain dan sebagainya tetapi mesti membayar balik dengan nilai emas yang sama.

Wallahua’alam

Comments

comments