“Temporary Partnership” Dalam Pelaburan Emas

Soalan

Minta pencerahan tuan tentang iklan skim pelaburan emas bermodalkan emas lama diganti emas baru beserta faedah bulanan yang tetap berdasarkan kaedah “temporary partnership” seperti di bawah

Sesiapa yang ada gold bar tidak kira drpd apa jenis emas tulen(999). Daripada terperap@simpan..sebab rosak ke..dah patah ke..Meh saya tolong leburkan & saya niagakan…Untung2 anda dapat rebet bulan2 RM12/g-RM14/g selama setahun hasil drpd setiap gram yang anda beri pada saya.

Lepas setahun saya akan beri NEW GOLD kepada tn/pn dengan berat asal yang tn/pn berikan kepada kami.

Saya terima semua jenis emas(gold bar).

Keterangan Pakej:
Status: temporary partnership 

Minima Berat emas: 100g
Purity emas : 999.9

Tempoh akad: 12 bln
Profit sharing : RM12-14/g (Anggaran keuntungan berdasarkan keuntungan terdahulu)
Borang perjanjian kecil disediakan. Stamping atas kos partnership.

Disclaimer:
emas asal akan dijual/dilebur/ditempa. Sebagai ganti Syarikat akan pulangkan NEW GOLD dengan berat asal yang tn/pn berikan pada kami pada akhir tempoh akad.

 

Jawapan

Ia adalah program yang bermasalah, mengandungi riba dan elemen skim cepat kaya. Penjelasannnya adalah seperti berikut:

“Sesiapa yang ada gold bar tidak kira drpd apa jenis emas tulen(999). Daripada terperap@simpan..sebab rosak ke..dah patah ke..Meh saya tolong leburkan & saya niagakan”: Tidak jelas apa akad yang digunakan. Munkin aqad wakalah adalah yang sesuai, tetapi perlu memenuhi sharat sharatnya. Di antaranya wakil adalah pemeganga amanah. Sebagai wakil, dia boleh tolong jual atau leburkan emas kemudian menjualkannya samada dengan upah atau tanpa upah. Wakil tidak boleh menjamin pulangan modal kecuali sekiranya kerosakan atau kerugian disebabkan oleh kecuaiannya, kesilapannya atau salah lakunya.

“Lepas setahun saya akan beri NEW GOLD kepada tn/pn dengan berat asal”: Ia menjadikannya pinjaman sebab penganjur memberi jaminan membayar balik emas yang diambil dengan emas yang baru pada nilai yang sama.

“Untung2 anda dapat rebet bulan2 RM12/g-RM14/g selama setahun”: Atas dasar apa? Ini adalah riba. Apa apa manfaat ke atas pinjaman adalah riba walaupun dinamakan rebate, hibah, return, pulangan, keuntungan. Pulangan yang tinggi sebegini tidak masuk aqal, ia adalah skim cepat kaya. Mustahil penganjur boleh berikan pulangan yang begitu tinggi. Ini akan menyebakan “Sontot”. Masa tu pelabur hilang emas dan tak dapat pulangan yang dijanjikan.

“Temporary partnership”: skim ini tidak tepat menggunakan istilah partnership/musyarakah. Tidak berlaku musyarakah dan tidak menepati syarat-syarat musyarakah.

“Tempoh akad 12 bulan”: Ini menunjukkan bahawa program ini lebih cenderung kepada pinjaman. Tidak ada halangan untuk menetapkan tempuh musyarakah.

“Profit sharing”: Ia mestilah dalam bentuk nisbah perkongsian keuntungan seperti 40%:60%, 50%:50%. RM12-14/g kalau sekadar jankaan, perlu ditegaskan bahawa tidak ada jaminan bagi pulangan/keuntungan.

“Stamping”: Samada ada stamping ataupun tidak, ia bukan penentu kepatuhan kepada Shariah.

“Emas asal akan dijual/dilebur/ditempa, syarikat akan puangkan new gold”. Jaminan memulangkan balik emas lama dengan emas bari pada berat yang sama menjadikannya  qard/pinjaman. Mana mana manfaat ke atas pinjaman adalah riba.

Comments

comments