Tukar Emas Jongkong Dengan Barang Kemas Emas

Soalan

Betolkah kaedah tukar gold bar @ dinar kpd barang kemas macam ni..
Contoh ahli ada gold bar emas 999.99 3g nak tukar nak beli cincin 916 3.05g, upah 35
Dlm company ni, Sebenarnya 1g gold bar upah pembuatan RM7.
Jadi 3g x RM7 = RM21
Upah cincin RM35 – Rm21 = RM14 upah lagi perlu ahli tambah.
Berat cincin – berat gold bar = 0.05g berat perlu bayar
Kiraannya, Harga semasa emas 916 RM145 x berat 0.05g + upah RM14 = RM 21.25
Ahli hanya perlu pos 3g dan bank in RM21.25
Soalan sy boleh ke tukaran emas dgn emas dan tambah duit macam ni?

Sy ada terbaca artikel ni
Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.” – (Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad)
Dalam hadis yang lain pula dari Abu Sai’d al-Khudri pula menyatakan:
Jangan kamu menjual emas dengan emas melainkan sama berat dan jangan dijual secara hutang melainkan mesti berlaku secara tunai. – (Bukhari)
Timbul persoalan kalau 1g emas 99.9 ditukarkan dengan 2g emas 91.6 atau 1kg gandum gred A ditukarkan dengan 2kg gandum gred B? Adakah dua barang yang berbeza kualiti pun mesti sama nilai pertukarannya?
Situasi ini pernah berlaku pada zaman Rasulullah saw sebagai pedoman hukum kepada kita semua.
Dari Abu Sa’id al-Khudri, satu hari Bilal r.a. membawakan Nabi saw 1 sa’ (timbangan kurma) kurma yang berkualiti dan baginda pun bertanya sumber kurma tersebut. Bilal pun menjawab, “Saya ada 2 sa’ kurma yang berkualiti rendah dan saya tukar dengan 1 sa’ kurma berkualiti ini.”
Lantas baginda pun berkata, “Tidak! Ini adalah riba, jangan buat begitu. Kamu sepatutnya menjual dulu 2 sa’ kurma berkualiti rendah dan hasil jualannya barulah digunakan untuk membeli kurma yang berkualiti tinggi.” – (Muslim & Ahmad)

Jawapan

Pendapat jumhur ulama, transaksi sedemikian adalah riba. Ini kerana emas jongkong atau barang kemas semuanya ribawi termasuk duit kertas.
Penyelesaiannya ialah jual emas jongkong berasingan, kemudian beli  barang kemas emas.
Pendapat kedua, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim yg anggap barang kemas emas bukan ribawi, hanya emas dan duit kertas ribawi, maka transakasi sedemikian dibolehkan.

Jawapan yang sama kepada trade in barang kemas lama dengan barang kemas baru.

Adapun tukar jongkong emas lama dengan jongkong emas baru, kena bayar perbezaan harga, maka ia adalah riba yang jelas. Kerana kedua dua tukaran adalah ribawi.

Wallahualam

Comments

comments