Kenapa Caj SMS yang lebih tinggi dari harga biasa dianggap judi?

Soalan
Tuan saya tak berapa faham macam mana terjadinya unsur judi jika sms di cas 10sen sperti sms biasa, tapi peraduan di cas Rm 1.00. Soalan saya boleh tak tuan jelaskan bagaimana terjadinya judi dalam perkara tersebut adakah ia melibatkan perkhidmatan yang sama?

Jawapan
Kenapa dinaikkan caj bagi peraduan? Sudah tentu ada pihak yang kaut untung lebih dan ada pihak yang jadi pemenang yang akan dapat jumlah duit atau hadiah yang bernilai dan ada pihak yang akan kalah dan rugi. Mereka yang menyertai peraduan sanggup membayar caj walaupun dengan nilau yang lebih kerana mengharapkan untuk menang, bukannya kerana untuk mendapatkan khidmat yang sama. Itulah lumrah (ciri ciri utama) yang ada pada perjudian yang menyebabkannya dilarang oleh sharak.

Comments

comments