Wadiah Untuk Berniaga Forex

Soalan


Ada sebuah Program XXXX Trading. Sebuah program yang diwujudkan untuk membantu anda menjalankan perniagaan di pasaran matawang asing Forex dan CFD Emas & Perak. Anda hanya serahkan duit kepada kepada kami, kami akan laburkan.

Mereka menawarkan servis bantuan kepada mereka yang tidak mahir untuk berurusan di pasaran Forex dan CFD ini.
Dengan pencapaian yang tinggi dan konsisten, mampu menjana Ribuan Ringgit setiap minggu.

Selain itu, konsep yang digunakan didalam trading harian kami pula adalah berasaskan system ISLAMIK, tiada dividen, tiada swap, dan tiada one night stand komisen yang tidak dibenarkan syarak….
XXXX Trading Akan Membantu Anda Menjana Pendapatan Melalui Forex dan CFD Tanpa Anda Perlu bersusah Payah.

• Modal Serendah RM50/Lot.
• Terima 5% – 7% Profit Setiap minggu Selama 6 Bulan.
• Modal Dikembalikan.
• 24 Jam Proses Pengeluaran.
• Cara Trading Mengikut Syariat.

 

Jawapan

Bukan mudah untuk mendakwa sesuatu transaksi pelaburan atau trading itu patuh Shariah. Ia perlu kepada penelitian. Sekiranya pulangan tetap dijanjikan, dan dijamin tidak kurang dari 5% maka ia adalah sama dengan interest bearing loan atau pinjaman berfaedah. Ia adalah riba yang diharamkan. Simpanan atau wadiah berubah menjadi qard (pinajman) apabila ia dijamin pemulangannya. Mana mana lebihah ke atas modal adalah riba. Modal juga dijamin untuk dikembalikan. Pulangan minima sekurang kurangnya 5% seminggu juga too good to be true.

Jual beli matawang perlu mematuhi sharat tertentu iaitu “taqabud” bermakna tidak boleh berlaku penangguhan serahan kedua dua matawang yang ditukarkan. Pertukaran matawang juga adakalanya menguntungkan dan ada kala tidak. Bagaimana boleh dijamin pulangan minimum? Ia adalah skim money game/skim  cepat kaya yang bertujuan untuk mengelirukan orang ramai.

Wallahua’lam

Comments

comments