Sewa Tanah Kepada Peniaga Dengan Sewaan Tetap Tambah Peratusan Keuntungan Perniagaan

Soalan: Saya ada sekeping tanah. Saya sewakan tanah tersebut kepada seseorang untuk menjalankan perniagaan. Selepas dua tahun perniagaannya semakin maju. Ketika memperbaharui kontrak, di samping sewaan bulanan, saya syaratkan perkongsian keuntungan contohnya 10% daripada keuntungan bulananannya. Apakah ini harus?

Jawapan
Ia adalah kontrak yang bermasalah kerana kalau nak anggap sewa, tidak diketahui berapa sewaan sebenar. Ada jahalah pada sewaan yang boleh menyebabkan aqad sewaan itu tidak sah.
Kalau nak anggap ia adalah musyarakah, tidak harus salah seorang rakan kongsi menjaminkan sebahagian keuntungan kepada rakan kongsi yang lain.

Ada juga sesetngah ulama yang memberi kelonggaran bagi penentuan sewaan seperti sekiranya sewaan dikenakan berdasarkan peratusan daripada harga pasaran rumah atau bangunan dan bukannya dalam bentuk sewa tetap dan ditambah pula peratusan kenaikan berdasarkan peratus jualan.

Sebaik baiknya kontrak sewaan boleh diperbaharui daripada masa ke semasa seperti setiap 6 bulan atau setiap setahun.

عندي سؤال. ما حكم إيجار الأرض مثلا لشركة تجارية، ثم بالإضافة إلى الإجار السنوي، صاحب الأرض يطلب أيضا مشاركة الربح الذي حققته الشركة مثلا ٢٠٪ من الربح السنو

الجواب:
لا يجوز
لأنه إن كان شريكا لا يجوز ضمان شيء من الربح

وإن كان مؤجرا فالأجرة فيها جهالة. فمن شروط عقد اﻹجارة معلومية اﻷجر وهنا اﻷجرة مجهولة ﻷنها تتكون من قسم معلوم وآخر مجهول والمجموع مجهول

Comments

comments