Pelaburan di Mecca Islamic Hotel

Soalan
Ustaz, saya ada terima mesej ini. “Mecca fund pernah wujud suatu masa lalu….macam2 kritikan diterima….namun pujian dan sokongan adalah lebih ketara…..
Namun kini Makkah Islamic Hotel lebih kemas dan mengambilkira faktor syariah. …
Konsep perniagaan bersama iaitu tajaan perkongsian bilik hotel2 (Islamic hotel sharing room) di tanah haram Makkah & Madinah adalah suatu perniagaan yg jelas dlm Islam……
Cuma tidak didaftarkan di Malaysia kerana perniagaannya di dua Tanah Haram yg suci ini….
Sistem perniagaan sudah pasti jelas di segi syarak…
Di mana ahli2 yg menyertainya dapat keuntungan yg sepatutnya spt yg sepatutnya dlm sistem perniagaan Islam..
Perniagaan perkongsian bilik hotel ini adalah sesuatu yg wujud
Keuntungan adalah adil buat ahli mengikut keuntungan setiap bulan yg tidak tetap….
Tidak seperti sebahagian perniagaan yg hanya membahagikan keuntungan sekali setahun….pada kadar yg sgt sedikit dan nampak tidak adil bagi setiap Org…
Sedangkan perniagaan adalah 9/10 keuntungan kejayaannya berbanding bidang2 yg lain dlm pencarian rezki…
Tidak timbul riba dan penipuan dlm Islamic Hotel (IH)….Bahkan ramai yg berjaya dilahirkan oleh IH sebagai hartawan dermawan islamik……..
Bahkan berapa banyak pula madrasah2 Islam yg menumpang keselesaan
hasil perniagaan yg islamik ini….
“.. …yang pasti setiap sumber yg halal belum tentu barokah disebabkan pengusahanya yg lalai…
Namun setiap yg barokah pasti halal dan ibadah…”
Inilah Makkah Islamic Hotel. Apa pandangan ustaz?

JAWAPAN

Mana mana peniaga yang mana perniagaannya berjaya tidak akan berkongsi keuntungan dengan orang lain dengan mudah. Pengusaha hotel yang berjaya atau pengusaha pakej umrah yang berjaya juga tidak berminat nak kutip modal yang kecil dengan perkongsian keunutungan. Kenapa tidak didaftarkan secara rasmi di bawah ROC dan kenapa tidak disenaraikan sahamnya kepada pelabur (public listed) di Bursa Malaysia? Kalau didaftarkan di Saudi mesti juga terikat dengan peraturan pendaftaran syarikat di sana. Ini menimbulkan pelbagai persoalan gharar, jahalah pada subjek matter perniagaan, aliran keluar masuk duit ketidakadilan dan lain lain persoaan dan masalah kepada pelabur/”rakan kongsi”. Jelas masih ada gharar dan jahalah kerana tidak ada pendaftaran yang sah, laporan kewangan yang diaudit dan  laporan transaksi yang sebenar.

Apakah faktor penambahbaikan pematuhan SyariaH yang dilakukan setelah ditukar nama baru? Nama lama Mecca Fund sudah diisytihar haram oleh JAKIM. Siapakah penasihat Syariah yang bertanggungjawab?

Nak bina madarasah?, ia tidak ada kena mengena dengan pelaburan, ia adalah aqad yang berbeza.Di dalam Islam matlamat tidak menghalalkan cara. Kerja membina madrasah tidak boleh dijadikan alasan untuk “mengahalalkan” pelaburan yang tidak patuh Syariah.

Keberkatan? Keberkatan adalah dikaitkan dengan sumber pendapatan yang halal dan patuh Shariah pada perolehan dan juga perbelanjaan harta pada perkara yang dibenarkan dan digalakkan oleh Syarak. Bagaimana ada pihak yang mendakwa mendapatkan keberkatan pada pelaburan atau perkongsian pada perkara yang tidak jelas dan tidak diketahui perkara sebenar yang diniagakan dan cara perolehan keuntungan serta risiko yang berkait. Rasulullah melarang jual beli gharar.
( نهى النبي صلى الله عليه وسلم عن بيع الحصاة وبيع الغرر )
Maksud: “Rasulullah melarang jual beli (dengan membaling) anak batu dan jual beli gharar.”

Kalau tidak berlaku transaksi sewaan bilik dengan sebenar maka ia adalah penipuan. Rasulullah bersabda:
(من غش فليس مني)
Maksud: “Sesiapa menipu, maka dia bukan dari kami”

Adapun menjajikan pulangan yang tetap, walaupun pada kadar minimum, ia bercanggah dengan konsep pelaburan di dalam Islam tak kira samada ia berteraskan aqad Mudharabah, wakalah atau sebagainya. Adalah mustahil sewaan hotel penuh sepanjang tahun. Ada masanya Kerajaan Arab Saudi tidak membuka visa Umrah. Selain daripada musim haji atau Ramadan, kebanyakan harga hotel menjadi murah kerana persaingan dan ada bilik bilik hotel yang tidak ada penghuni langsung. Menjanjikan pulangan tetap walaupun pada kadar minima bersama dengan jaminan modal asal menjadikan aqad pelaburan tadi aqad riba/pinjaman berfaedah, money game dan bukan keuntungan daripada transaksi sebenar. Pelaku riba adalah seumpama berperang dengan Allah dan Rasulnya.

Adalah haram menganjurkan program pelaburan tidak patuh Syariah, memasarkannya atau melabur padanya. Bukan kerugian wang ringgit sahaja yang menunggu tetapi dosa riba, dosa penipuan di samping ketiadaan keberkatan. Wallahua’lam.

Comments

comments