Pelaburan Skim Muwafakat dan Ta’awun Jemaah Lebuh Raya

Soalan: saya ingin tahu berkenaan sebuah skim pelaburan skim muwafakat jemaah, lebih kurang dinamakan high ways grup. Ia berfungsi macam skim khairat kematian, tolong menolong antara satu sama lain. Pelaburan paling rendah rm 350, akan dapat pulangan dalam bentuk hibah rm 100 sebulan selama empat bulan, lepas tu reinvest semula. Hibah itu adalah dari komuniti yang pernah kita bantu.

Jawapan
Ia adalah skim cepat kaya dan riba. Walaupun digunakan nama “muwafakat”, tolong menolong, tidak ada sesiapa yang nak tolong berikan duit kpd peserta lain yg juga tamakkan duit, kalau tidak ada pulangan, kecuali atas dasar sedekah. Pemberian hibah atau sedekah pada khairat kematian berbeza kerana ia betul betul bertujuan tabarru’ dan kebajikan. Ada yang bayar sikit, tapi meninggal lebih awal. Ia bertujuan untuk menampung kos penyelenggaraan jenazah, bukannya pulangan tetap yg begitu tinggi dan tak masuk akal.

Sekiranya bukan sedekah/ tabarru’ habis apa dia? Oleh kerana bayaran modal rm 350 dijamin modal dan bayaran pulangan, maka ia adalah pinjaman (qard). Oleh kerana dibayar lebih, (RM10,o00 lepas setahun) walaupun dinamakan hibah, dinamakan muwafawakat jemaah, ia adalah riba yang haram.
Wallahua’lam

Comments

comments