Skim Pelaburan Melalui Pembayaran Bil “Myvi1”

Soalan
Saya mohon pandangan tuan berkenaan sebuah skim yang namaya lebih kurang Myvi1 seperti berikut:.

1. Kami fokus dan komited kepada bidang perniagaan prabayar dengan menyediakan perkhidmatan voucher tambah nilai (TC) mudah alih antarabangsa untuk syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan utiliti yang lain.

2. Kami menggunakan konsep pemasaran rangkaian untuk berkongsi keuntungan kami dengan semua ahli Myvi1 dan memberi hadiah atas usaha gigih membina rangkaian sebagai galakan dan motivasi kepada semua ahli.

3. Siapa yang mempunyai telefon mudah alih pasti akan menambah nilai prabayar atau melanggan perkhidmatan dari pengendali telco. Apabila pelanggan membeli Kredit tambah nilai (TC) secara atas talian(online) dari Sistem Digital Myvi1, sebahagian keuntungan dari urusniaga tersebut akan dikongsi semula kepada ahli.

5 Pakej Penjimatan Terhebat!

Produk ini dijual mengikut pakej yang ditawarkan oleh syarikat dari RM420 sehingga RM21,000. Berikut disenaraikan harga pakej yang ditawarkan :

1 . BRONZE PAKEJ ” RM420 ”
● dapat free rebet RM30 dalam akaun setelah daftar
● dapat RM15 setiap 10 hari dan dibayar selama 50 kali . RM15 × 50 kali = RM750
● total RM750 + RM30 = RM780.

2 . SILVER PAKEJ ” RM1,120 ”
● dapat free rebet RM60 dalam akaun setelah daftar
● dapat RM37.50 setiap 10 hari dan dibayar selama 60 kali . RM37.50 × 60 kali = RM2,250
● total RM2,250 + RM60 = RM2,310.

3 . DIAMOND PAKEJ ” RM4,445 ”
● dapat free rebet RM200 dalam akaun setelah daftar
● dapat RM150 setiap 10 hari dan dibayar selama 60 kali . RM150 × 60 kali = RM9,000
● total RM9,000 + RM200 = RM9,200.

4 . PLATINUM PAKEJ ” RM11,550″
● dapat free rebet RM300 dalam akaun setelah daftar
● dapat RM450 setiap 10 hari dan dibayar selama 65 kali . RM450 × 65 kali = RM29,250
● total RM29250 + RM300 = RM29,550.

5 .VIP PAKEJ ” RM21,000 ”
● dapat free rebet RM600 dalam akaun setelah daftar
● dapat RM900 setiap 10 hari dan dibayar selama 70 kali . RM900 × 70 kali = RM63,000
● total RM63,000 + RM600 = RM63,600.

Pendapatan Pasif

Sebagai ahli Myvi1, anda layak mendapat rebet tc setiap 10 hari, anda boleh menggunakan rebet tc tersebut untuk pembayaran bil, pembelian prepaid dan pelbagai lagi. Anda boleh memilih untuk kegunaan sendiri, boleh menjual rebet kepada sesiapa sahaja. Caranya hanya masukkan no telefon dan jumlah yg ingin dibeli. Untuk bil masukkan no akaun bil dan jumlah yg ingin dibayar. Mudah dan cepat, semua di hujung jari(online). Pendapatan Aktif

Sekiranya ingin bergerak aktif sebagai networker dengan memperkenalkan Myvi1 kepada orang lain dan membuat penajaan, pelbagai insentif (aktif income) diberikan oleh syarikat iaitu :

1. ENTERTAINMENT BONUS 5%
Bronze = Rm12.00
Silver = Rm30.00
Diamond = Rm120.00
Platinum = Rm300.00
VIP. = RM600.00

2. SPONSOR BONUS 8%
Bronze = Rm19.20
Silver = Rm48.00
Diamond = Rm192.00
Platinum = Rm480.00
VIP = RM960.00

3. PAIRING BONUS 10%
Bronze = Rm24

Jawapan dan soalan balik
Ia meragukan kerana beberapa persoalan:
1. Kalaulah perniagaan prepaid, kenapa boleh bagi pulangan tetap setiap 10 hari? Pernahkah TNB atau mana2 telco berkongsi keuntungan atau bagi pulangan diskaun sedemikian?
2.Dari Mana sumber keuntungan? Kalaulah daripa duit bayaran yang di floatkan sekalipun, ia tidak boleh menampung pulangan keuntungan yang berganda daripada RM420, akan dapat RM780 selepas 500 hari. Kalau melabur melalui pakej vip pula, dengan ” RM21,000 ” peserta akan dapat RM63,600 selepas 700 hari. Bukankah jumlah yang besar sebegini bukan lagi untuk bayar bil, tetapi untuk pelaburan ke dalam program yang mendatangkan keuntungan yang berganda ganda?

3.Disebabkan ia adalah sebuah program yang menjanakan pulangan tetap yang berganda2, siapakah penasihat Syariah yang boleh mengesahkan aktiviti dan operasi mereka?

Boleh diputuskan bahawa skim ini bermasalah dari segi kepatuhan kepada Syariah. Isu Syariah utama ialah riba dan gharar. Riba kerana jumlah wang yang dilaburkan dijanjikan pulangan balik, maka ia mengambil hukum pinjaman (qard), bayaran yang lebih dari jumlah pinjaman adalah riba. Gharar kerana tidak diketahui apakah operasi sebenar dan cara perolehan keuntungan begitu juga status syarikat dan perniagaan yang ditawarkan dari segi undang undang. Perniagaan prabayar hanyalah dijadikan platform dan alasan sahaja. Ia lebih kepada money game dan skim cepat kaya kecuali kalau ada pengesahan patuh Shariah daripada AJK Penasihat Syariah serta disokong dengan audited financial report.

Comments

comments