Perlantikan Penasihat Shariah bagi Syarikat atau Program Pelaburan yang Mendakwa Patuh Syariah

Soalan: Ada sebuah program pelaburan yang memberikan keuntungan bulanan yang luar biasa, modal akan dipulang selepas setahun. Dulu ramai yang tanya kenapa tidak ada penasihat Syariah. Sekarang syarikat tersebut sudah melantik penasihat Syariah. Adakah dengan melantik penasihat sudah cukup?

Jawapan

Sebuah syarikat atau program yang menawarkan skim pelaburan yang mendakwa patuh Syariah perlu melantik penasihat Syariah ata Ahli Jawatankuasa Syariah untuk mengesahkan produk, teransaksi dan operasi keseluruhannya patuh Syariah. Kalau tidak dilantik penasihat Syariah, dari awal lagi boleh dipertikainan status kepatuhan kepada Syariah. Ia munkin skim cepat kaya, skim berteraskan riba, gharar, maisir yang haram. Hukumnya haram melabur pada pelaburan yang haram. Bukan hanya perolehan atau hasil pelaburan menjadi haram, bahkan membuat pelaburan pun sudah haram dan berdosa.

Walaubagaimanapun orang ramai perlu diingat, tidak semestinya dengan hanya melantik penasihat Syariah, sudah memadai. Masih ada beberapa perkara yang perlu diambil kira:

Pertama perlu dilihat kelayakan penasihat Syariah tersebut. Seeloknya bukan seorang sahaja, tetapi sekurang2 nya 2 atau 3 org, supaya keputusan dibuat secara kolektif.

Kedua, perlu ada terms of reference memperuntukkan kuasa dan bidang kuasa, skop tugasan Penasihat Syariah seperti memastikan produk yang ditwarkan patuh Shariah dari segi konsep, operasi, dokumentasi dan pengiklanan dll.

Ketiga, perlu ada mesyuarat Ajk Syariah/ Penasihat Syariah, dengan minit mesyuarat. Cabutan minit mesyuarat boleh dijadikan rujukan untuk memastikan sesuatu isu berkaitan dengan produk dibincang dengan baik dan samada diluluskan, ditangguhkan atau ditolak.

Keempat, perlu ada Syariah sekretariat untuk buat kajian, menyediakan kertas kerja mesyuarat, semakan dalaman dalam SOP, manual peoduk dan mencatat minit mesyuarat dan menjalankan kerja kerja audit pematuhan Syariah.

Kelima, perlu ada sijil pengesahan atau pengakuan patuh Syariah dan hujah2 kenapa ia patuh Syariah daripada Penasihat/ Ahli Jawatankuasa Syariah setelah meneliti keseluruhan kerangka produk. Selain itu, perlu juga ada pengesahan patuh Syariah tahunan ke atas seluruh operasi syarikat dan setelah dilihat laporan kewangan tahunan.

Tadbir urus Syariah (Syariah Governance) seperti di atas amatlah penting bagi memastikan pengesahan patuh Syariah dapat dicapai. Secara keseluruhannya, walaupun sudah ada penasihat Syariah, tetapi tidak ada kerangka tadbir urus Syariah yang baik dan telus seperti yang disebutkan di atas, ditambah pula masih ada keraguan, seperti ada unsur2 skim cepat kaya, pulangan bulanan yang amat tinggi yang dijaminkan dan jaminan pemulangan modal, maka lebih baik dihindari. Ini kerana ada sesetengah penganjur skim cepat kaya hanya menggunakan seseorang kononnya dilantik sebagai penasihat Syariah, tetapi hanyalah sebagai “kambing hitam” untuk memancing pelabur. Pelabur berdosa kerana terlibat dengan riba, maysir, gharar bekerjasama membantu penipuan dan kebatilan, pada masa yang sama berdepan dengan risiko kehilangan harta benda, nama baik dan penderitaan yang berpanjangan. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.

Wallahua’lam.

Comments

comments