Banner - Sumbangan Gempa Sulawesi

Sumbangan Gempa Sulawesi

Banner 1024x683 - Sumbangan Gempa Sulawesi

#CAKNA KEMANUSIAAN SULAWESI2018#

Update kematian terkini sehingga 11.00AM hari ini 2/10/2018 seramai 1,203 orang. 

Jumlah kematian dijangka meningkat ketika para penyelamat berkejar ke kawasan yg masih terputus hubungan.

.Team Cakna Kemanusiaan Sulawesi telah dibentuk oleh Pengerusi dan AJK Masjid Iktikaf ZB Kota Bharu Kelantan bertujuan mengumpul dana dan menyampaikan bantuan terus  kepada mangsa gempa.

Petugas pertama kami akan berangkat ke misi #Caknasulawesi bagi menyalurkan bantuan yang melibatkan Mejar TUDM Saufi Haji Zakaria selaku Pengarah Program. Beliau merupakan bekas pegawai pasukan khas yang berpengalaman menguruskan misi kemanusian antarabangsa Rohingya, Sri Lanka, Cambodia, Afrika dan Syria. Beliau akan dibantu oleh Dr  Haji Mahyudin bin Haji Daud, Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

.Situasi di lokasi gempa bumi dikhabarkan semakin runcing kerana bekalan makanan khususnya sukar untuk masuk ke kawasan pedalaman kerana semua infrastruktur musnah. 

Puluhan ribu mangsa hilang tempat tinggal dan mengalami kecederaan, kelaparan serta trauma, malah ada yang masih mencari waris mereka termasuk ibu yang kehilangan anak.

Ratusan gempa susulan (aftershocks) masih dilapurkan.

.Atas dasar kemanusiaan, kami mohon bantuan dari sahabat-sahabat untuk bersama memberi sumbangan buat mereka yang merupakan jiran terdekat kita.

Keutamaan fasa pertama mendapatkan sumbangan kewangan untuk peralatan berikut:

A. Ubat ubatan  

B. Makanan/air

C.  Khemah perlindungan.

Anggaran keperluan kewangan  Fasa 1 berjumlah RM 50 K

Sumbangan boleh dihantar terus melalui: 

Deposit/pindahan wang ke nama akaun:

Masjid Iktikaf ZB 

Bank Islam :  03-111-01-017386-2

Ref : sulawesi

e-mel :  cahyamas@gmail.com

Maklumat perhubungan : 

Mejar TUDM (B) Saufi Zakaria 012-9879932 (Whatsapp/call)

Prof Madya  Dr  Azman Mohd Noor UIA 019-2705251

Dr Mohd Al ikhsan Ghazali UTM 019-3707119

Dr Mahyudin  Daud API UM 017-9678072

Jazakallah khairan

2/10/2018

Share this post